awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ganti PLKN, BTN: Perlu holistik, jangan doktrin anak muda - Asyraf Wajdi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
19/07/2020
05:49 MYT
Ganti PLKN, BTN: Perlu holistik, jangan doktrin anak muda - Asyraf Wajdi
Modul kepimpinan PLKN atau BTN yang pernah dilaksanakan sebelum ini dilihat hanya bersesuaian pada ketika waktu itu sahaja. - Foto Fail/BERNAMA
Perubahan zaman dan teknologi semasa memerlukan satu pendekatan holistik yang baharu dalam menyemai semangat patriotik dalam kalangan anak muda di negara ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan modul kepimpinan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau Biro TataNegara (BTN) yang pernah dilaksanakan sebelum ini dilihat hanya bersesuaian pada ketika waktu itu sahaja.
Jelasnya, golongan muda yang kini lebih berfikiran global memerlukan perubahan besar dalam pendekatan pembudayaan sikap dan nilai.
"Yang paling penting adalah modulnya perlu mempunyai roh, kaedah, metodologi dan kurikulum yang baharu. Ia juga tidak perlu terikat kepada cara kita menyanyi lagu-lagu patriotik ataupun seperti cara BTN dahulu (menyanyikan lagu) Anak Kecil Main Api dan sebagainya.
"Itu mungkin cara lama yang sesuai dalam keadaan zaman dan generasi pada waktu itu tetapi kita membicarakan kaedah hari ini yang mana generasi-Z hari ini yang mempunyai pemikiran lebih global, terbuka dan terdedah dengan nilai-nilai universal.
"Malah mereka kini terdedah dengan unsur-unsur self-centred atau sifat individualistik, yang memikirkan soal diri sendiri akibat daripada pelbagai pendedahan dalam media sosial media. Jadi mereka ini harus disantuni mengikut tahap psikologi mereka," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan hasrat Kerajaan untuk memperkenal program baharu bertujuan menyemai semangat patriotisme dalam diri rakyat, bagi menggantikan PLKN dan BTN yang dimansuhkan kerajaan terdahulu.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata struktur baharu bagi program berkenaan sedang dimuktamadkan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi mencadangkan supaya diwujudkan pasukan petugas khas untuk meneliti dan merangka modul serta pelaksanaan jangka masa pendek dan panjang yang bersesuaian dengan generasi masa kini.
"Di peringkat ini, saya mencadangkan Kerajaan mewujudkan satu pasukan khas yang diwakili oleh kepakaran yang pelbagai seperti pakar psikologi, anak muda, profesor serta ahli akademik yang mengkaji dalam pemikiran generasi muda hari ini.
"Disamping itu, ia juga perlu disertai oleh mereka yang mempunyai keupayaan mengolah modul mengikut kepada kadar pemikiran dan psikologi anak muda hari ini," katanya.
Justeru, beliau berharap supaya kerajaan tidak hanya melihat kepada pelaksanaan program berkonsep 'one-off' tetapi juga melihat kepada pelaksanaan diperingkat pra-sekolah hingga ke institut pengajian tinggi.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#BTN
#cadangan wujud semula PLKN
#Pemuda UMNO
#plkn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan