awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendigitalan gagal jika syarikat tidak ubah cara kerja
Sistem kehakiman syariah mesra rakyat keutamaan Sarawak - Abang Johari
Johor Royal Press Office siar gambar eksklusif arkib Almarhum Sultan Iskandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gantung pelitup muka di leher, dahi undang jangkitan kepada pemakai

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/07/2020
10:26 MYT
Gantung pelitup muka di leher, dahi undang jangkitan kepada pemakai
Jelasnya lagi, pelitup muka jenis itu juga tidak boleh dipakai oleh beberapa kumpulan termasuk kanak-kanak yang berumur kurang dua tahun.
Dalam usaha untuk mencegah jangkitan COVID-19, pemakaian pelitup muka yang sempurna dan mengikut garis panduan yang ditetapkan adalah sangat penting.
Ini kerana, pemakaian pelitup muka yang tidak sempurna termasuk mengantung di leher atau dahi boleh mengundang risiko pencemaran dan jangkitan kepada pemakai, demikian kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
"Alat pelitup separuh muka perlu dipakai dengan betul dan menutupi ruang hidung sehingga dagu.
"Pemakaian tidak sempurna dengan membiarkan ianya tergantung di leher, di dahi, atau menutupi hanya sebahagian dari hidung dan mulut adalah tidak bertepatan dan membawa risiko pencemaran atau jangkitan kepada pemakai.
“Nasihat KKM (Kementerian Kesihatan) adalah, pakailah face mask dengan betul kaedah yang betul," katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.
Mengulas mengenai jenis pelitup muka pula, Dr Noor Hisham berkata pelitup separuh muka bukan perubatan adalah bukan satu alat perubatan atau alat pelindung diri.
Jelasnya lagi, pelitup muka jenis itu juga tidak boleh dipakai oleh beberapa kumpulan termasuk kanak-kanak yang berumur kurang dua tahun.
“(Selain itu) bagi mereka yang sukar bernafas dan individu yang tidak sedarkan diri, tidak atau kurang berupaya, atau tidak dapat menanggalkan pelitup separuh muka tanpa bantuan,” katanya.
Berikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi pelitup separuh muka bukan perubatan, yang mengesyorkan jenis fabrik atau kain dengan tiga lapisan yang terdiri daripada:
• Lapisan paling dalam yang bersifat menyerap air (hidrofilik), misalnya kapas atau campuran kapas;
• Lapisan paling luar yang diperbuat daripada bahan bersifat menghindar penyerapan air (hidrofobik), misalnya polipropilena, poliester, atau campurannya. Lapisan ini boleh mengehadkan pencemaran dari luar daripada menembus masuk ke hidung dan mulut pemakai;
• Lapisan tengah hidrofobik yang diperbuat daripada bahan bukan tenunan sintetik seperti polipropilena atau lapisan kapas yang boleh meningkatkan penapisan atau menahan titisan cecair.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan