awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump saman JPMorgan AS$5 bilion, dakwa akaun ditutup kerana tekanan politik
Lebam pada tangan Donald Trump cetus spekulasi
“Kami tuan di negara sendiri” - PM Kanada, Mark Carney jawab ancaman Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem kehakiman syariah mesra rakyat keutamaan Sarawak - Abang Johari

Bernama
Bernama
22/01/2026
22:30 MYT
Sistem kehakiman syariah mesra rakyat keutamaan Sarawak - Abang Johari
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak, malam tadi. Hadir sama Abang Johari (dua dari kiri). - Gambar Bernama
KUCHING: Sistem kehakiman Syariah mesra rakyat menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan akses kepada keadilan dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Mahkamah Syariah bukan sekadar berfungsi sebagai institusi penguatkuasaan undang-undang malah berperanan penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan sosial serta menjamin keadilan inklusif.
"Saya meraikan segala usaha ke arah memperkukuh sistem kehakiman Syariah mesra rakyat melalui prosedur ringkas dan tidak membebankan, penggunaan bahasa mudah difahami, pengukuhan pemahaman terhadap undang-undang Syariah serta penyediaan bantuan guaman syarie dan khidmat nasihat awal secara percuma atau pada kos minimum.
"Pendekatan ini dapat memastikan golongan rentan seperti wanita, warga emas, orang kurang upaya dan mereka kurang berkemampuan tidak terpinggir daripada mendapatkan keadilan," katanya semasa berucap pada majlis makan malam sempena Pembukaan Tahun Perundangan Syariah Sarawak, di sini, pada Khamis malam.
Dalam perkembangan lain, Abang Johari turut menyambut baik langkah Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Sarawak dan Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (SAG) untuk menggubal Ordinan Profesion Guaman Syarie Sarawak.
Beliau berkata, inisiatif itu penting bagi menaik taraf profesion guaman syarie sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan guaman Syariah kepada rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem kehakiman
#mahkamah syariah
#kerajaan negeri Sarawak
#mesra rakyat
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan