DUNIA
Gara-gara bawa burung kering naik pesawat, bagasi penumpang dirampas

Pihak berkuasa Amerika Syarikat merampas sebuah bagasi penumpang yang memuatkan paket berisi burung kering.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat merampas sebuah bagasi penumpang yang memuatkan paket berisi burung yang dikeringkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles , berhampiran Washington DC, Amerika Syarikat (AS).
Kejadian melibatkan penumpang yang menaiki pesawat dari Beijing, China.
Penumpang berkenaan yang dalam perjalanan ke Maryland mendakwa, paket berisi burung kering itu merupakan makanan kucing peliharaannya.
AS mengeluarkan larangan membawa masuk semua spesies burung ke negara itu sebagai langkah pencegahan kepada selesema burung.
Berikutan itu, bagasi penumpang berkenaan telah dimusnahkan melalui kaedah pembakaran dengan kebenaran pihak berkuasa.
Terdahulu, penularan wabak novel koronavirus (COVID-19) yang dikesan di bandar Wuhan telah berjangkit ke 29 buah negara.
Sehingga kini, wabak berkenaan telah mengakibatkan kematian seramai 1,114 orang dengan jumlah kes global yang dijangkiti virus itu lebih kurang 45,000 orang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami