Gara-gara memotong giliran ketika menimbang buah kelapa sawit, seorang lelaki maut ditikam di Kampung Ulu Sapi, Jalan Sapi-Nangoh, Beluran, kelmarin.
Mangsa Baso Padue Paddo, 30, maut selepas ditikam tiga kali masing-masing di bahagian lengan, belakang badan dan dada.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden V Sivananthan, berkata berlaku pertelingkahan antara mangsa dengan suspek kerana memotong barisan untuk menimbang buah kelapa sawit, sehari sebelum kejadian, namun dapat dileraikan orang ramai.
“Suspek berusia 26 tahun itu bagaimanapun masih tidak berpuas hati dengan mangsa kemudiannya mengintai mangsa di kawasan tempat timbang buah kelapa sawit sebelum bertindak menikamnya.
“Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid namun disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada Sabtu.
Suspek yang melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit berhampiran menyerah diri kepada polis beberapa jam kemudian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Astro Awani
Sat Feb 17 2018
Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Tiga maut, empat cedera parah traktor dinaiki pekerja ladang jatuh gaung di Beluran
Kejadian melibatkan seorang lelaki warga Indonesia serta dua wanita warga Filipina maut di tempat kejadian.
Lelaki terima rasuah RM150,000 bantu dapatkan projek tidak wujud ditahan
Suspek yang berkerja sendiri telah ditahan di Pejabat SPRM Sabah pada 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberikan keterangan.
Dua maut, lori bawa baja terbabas ke dalam gaung
Dua maut dalam satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan baja terbabas ke dalam gaung di Jalan Beluran-Paitan, dekat Beluran.
Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami - METMalaysia
Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia.
[RASMI] PRU15: Ronald Kiandee masih 'kebal' di Parlimen Beluran
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Beluran dengan jumlah undian sebanyak 11,303.
Dua maut treler bertembung
Mangsa Ansar Sindrang, 35, dan Asri Alimin, 31, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.
PRU15: Bertanding atas tiket Perikatan Nasional, itu hak Ronald Kiandee
Tindakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Seri Ronald Kiandee bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Beluran merupakan hak Ronald.
PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran, pertembungan lima penjuru
Bekas penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang tidak dinamakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir di lokasi penamaan calon di Dewan Masyarakat Beluran, pagi Sabtu.
KPDNHEP Sabah tumpas cubaan seleweng barang kawalan
Ia melibatkan minyak masak dan diesel bersubsidi, dipercayai akan dijual ke negara jiran.
Kanak-kanak mahu ke sekolah terjatuh gara-gara jambatan runtuh di Kampung Miadan, Beluran
Seorang kanak-kanak lengkap berbaju sekolah terjatuh selepas jambatan kayu usang runtuh di Kampung Miadan, dekat Paitan Beluran.