Sudah beberapa kali pemuda yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak membaling objek termasuk batu dan kayu ke arah rumah jiran bahkan pengguna jalan raya pernah terkena objek yang dibaling.
Namun tindakannya hari ini membawa kepada kematian seorang bekas anggota polis yang dipukul dengan objek keras dipercayai kayu hingga maut.
Dalam kejadian di Kampung Apa-Apa di sini itu seorang pesara polis maut apabila dipukul oleh suspek yang dikatakan berpunca dari tegurannya supaya pemuda terbabit menghentikan perbuatan gemar membaling objek ke arah rumah dan kenderaan.
Mangsa Abdul Halim Yusof, 68 tahun meninggal dunia sejurus tiba di hospital Pasir Mas (HPM).
Menurut jiran mangsa, Aziz Mat, 62 tahun mangsa di pukul oleh suspek yang juga jirannya di dalam semak berhampiran belakang rumah suspek sekitar jam 2.30 petang tadi.
Katanya kejadian disedari apabila beliau mendengar bunyi bising dari arah tingkap rumahnya yang jaraknya sekitar 10 meter.
“Saya dengar mangsa marah pada suspek baling rumah, baling batu, kayu jadi dia pergi tegur suspek. Dia baling sampai empat kali baling, mangsa pergi kat suspek tegur belakang rumah suspek.
"Saya tidak nampak selepas itu saya tengok isteri mangsa berlari pergi keluar balik, dia cakap Pak Cu Halim kena pukul oleh suspek sampai pecah kepala”, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya lagi selepas itu isteri mangsa berusia 60 tahun meminta tolong beliau dan jiran lain sebelum mengangkat mangsa yang pada ketika itu dalam keadaan tenat dengan luka yang parah di bahagian kepala.
Beliau berkata, dalam keadaan mangsa yang masih lagi bernyawa, dia sempat mengajar mengucap sebelum dibawa menaiki ambulan ke HPM.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, suspek berusia 30an telah pun di tangkap polis sejurus menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Katanya kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Vivi Sumanti
Thu Jan 25 2018
Aziz Mat, 62 tahun mangsa yang juga rakannya di pukul oleh suspek yang juga jirannya di dalam semak berhampiran belakang rumah suspek sekitar jam 2.30 petang tadi. - Foto Astro AWANI/Vivi Sumanti
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Kasari bayi di taska: 2 pengasuh ditahan di Pulau Pinang
Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pengasuh dipercayai membaling sebuah objek disyaki bungkusan mampat pada bayi asuhan di sebuah taska di Bayan Baru.
Gara-gara tegur pemuda, 'Pak Cu Halim' maut dibelasah sampai pecah kepala
Seorang pesara polis maut apabila dipukul oleh suspek yang dikatakan berpunca dari teguran supaya menghentikan perbuatan membaling objek ke arah rumah dan kenderaan.