awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara bergaduh rebut kawasan parkir, pasangan suami isteri didenda

Bernama
Bernama
03/01/2017
11:24 MYT
Gara-gara bergaduh rebut kawasan parkir, pasangan suami isteri didenda
Mereka melakukan kesalahan itu di hadapan rumah No 554C, Jalan SS 9/2, Sungei Way 29 Disember lalu. - Gambar hiasan
Gara-gara bergaduh kerana berebut kawasan parkir, sepasang suami isteri masing-masing didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang mekanik, Nor Azalisam Wahi, 31 dan isterinya, Siti Norhidayah Abdullah, 26, setelah mereka mengaku bersalah mengganggu ketenteraman awam dengan bergaduh di tempat awam.
Mereka melakukan kesalahan itu di hadapan rumah No 554C, Jalan SS 9/2, Sungei Way, di sini pada 9.50 pagi, 29 Dis lalu mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abdul Rahman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.
Peguam Datin Raj Preet Kaur yang mewakili Nor Azalisam dan Siti Norhidayah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang ringan atas alasan kedua-dua anak guamnya mempunyai empat orang anak yang masih kecil dan mereka menjaga ibu bapa yang tua.
Di mahkamah sama, pasangan suami isteri warga emas yang terlibat dalam pergaduhan tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.
Lim Koon Fook, 69 dan isterinya, Sam Koi Ying, 65, didakwa melakukan kesalahan itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Khairul Aisamuddin menawarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin terhadap pasangan yang tidak diwakili peguam itu.
Datin Fadzlin Suraya membenarkan mereka diikat jamin RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Feb depan untuk sebutan semula kes. -- Bernama
Topic Berkaitan
#berebut parking
#Berebut parkir
#pasangan suami isteri bersalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan