awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara hutang, lelaki parah ditikam

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/10/2023
14:24 MYT
Gara-gara hutang, lelaki parah ditikam
Gara-gara hutang, seorang lelaki parah akibat ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan di sebuah pasar awam di Pulau Pinang pada petang Rabu. - Foto ihsan PDRM
GEORGE TOWN: Gara-gara hutang, seorang lelaki parah akibat ditikam menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan di sebuah pasar awam di Pulau Pinang pada petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ketika ditemui kira-kira jam 3 petang tadi, lelaki berusia 26 tahun itu berada di dalam kereta dalam keadaan berlumuran darah.
Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki itu mengalami luka di perut dan kaki dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan lanjut .
Soffian berkata,setakat ini dimaklumkan mangsa sudah stabil dan siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada masalah hutang.
Polis kemudian berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun di kawasan Macallum pada jam 6.40 petang tadi bagi membantu siasatan.
"Ujian saringan air kencing lelaki itu mendapati dia bebas daripada sebarang pengambilan dadah.
"Semakan rekod mendapati lelaki itu mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, suspek akan direman esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.
Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta menghubungi balai polis terdekat atau pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Timur Laut, ASP K. Linkeswaran di talian 04-2181831 bagi membantu siasatan.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan sebarang gambar atau video berkenaan kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#cedera parah
#ditikam
#hutang
#Polis Daerah Timur Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan