awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gara-gara sebut 'memalukan', Ahli Parlimen Jelutong diarah keluar Dewan Rakyat

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
14/09/2021
05:56 MYT
Gara-gara sebut 'memalukan', Ahli Parlimen Jelutong diarah keluar Dewan Rakyat
Rayer diarah keluar Dewan dan digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama dua hari - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer (Pakatan Harapan) diarah keluar Dewan dan digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama dua hari.
Tindakan itu dibuat susulan keengganan Rayer menarik balik perkataan ‘memalukan’ ketika mempersoalkan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon untuk tidak memperincikan alasan mengapa usul menggantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ditolak.
Mohd Rashid sebelum itu memaklumkan bahawa beliau telah menerima 14 usul berhubung perkara tersebut, masing-masing 12 daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dan dua lagi daripada PKR.
Bagaimanapun, kesemua usul tersebut ditolak kerana tidak menepati Peraturan-Peraturan Mesyuarat.
"Maka setiap yang memberikan usul tersebut telah saya jawab secara bertulis kepada setiap pengusul-pengusul. Sila baca jawapan-jawapan tersebut dan keputusan saya adalah muktamad.
"Tetapi rayuan boleh dibuat, namun tidak ada rayuan, itu keputusan saya muktamad. Sekiranya lulus, maka akan masuk dalam Urusan Aturan-Aturan Mesyuarat, Jadi, saya tak perlu buka kepada media atau memaklumkan kepada sesiapa, saya hanya jawab kepada pengusul-usul itu sahaja," katanya di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Bagaimanapun, jawapan tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Parlimen blok pembangkang yang menyifatkan ia perlu dimaklumkan kepada Dewan Rakyat.
SISI TV PARLIMEN: DI SINI ANDA DAPAT MENONTON SEMUA VIDEO MENARIK DI DEWAN RAKYAT!
“Kenapa tidak dimaklumkan kepada Dewan, sekarang ada di sini, ini perkara yang cukup penting.
"Kita semua di sini rakyat semua nak dengar jawapan.
“Timbalan Speaker, jangan salah guna kuasa, rakyat sedang memerhati. Memalukan,” kata Rayer.
Susulan itu, Mohd Rashid mengarahkan menarik balik perkataan ‘memalukan’.
Beberapa ahli Parlimen pembangkang turut dilihat menyokong tindakan Rayer untuk tidak menarik balik perkataan tersebut dan mengecam Mohd Rashid.
Topic Berkaitan
#Rashid Hasnon
#Dewan Rakyat
#RSN Rayer
#Ahli parlimen dihalau keluar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan