KALI pertama Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 pada 18 Mac 2020 hingga 3 Mei 2020 dan ia dikuatkuasakan dalam empat fasa.

Seterusnya, PKP 2.0 yang dikenakan pada awal tahun ini iaitu 13 hingga 26 Januari lalu di beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah.


Susulan kes terus meningkat, kerajaan terpaksa menguatkuasakan PKP 3.0 di seluruh Malaysia termasuk mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

BACA: Fasa 1 kawalan pergerakan akan kekal - Perdana Menteri

BACA: Malaysia kekal Fasa 1 PKP dalam Pelan Pemulihan Negara - Ismail Sabri

Selain PKP 3.0, terdapat beberapa perkara berlaku sepanjang tahun ini, antaranya:


1. PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan berterusan hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pelaksanaan semula PdPR

2. Pelan Pemulihan Negara: Longgar PKP jika kes bawah 4,000 - PM

Pada 15 Jun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang menggariskan empat fasa peralihan dengan tiga indikator utama.

Tiga indikator utama itu adalah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes: sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.


3. TMJ tawar diri urus Harimau Malaya

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia mengendali serta menguruskan skuad Harimau Malaya.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersedia menawarkan diri untuk mengendalikan dan menguruskan skuad kebangsaan

Difahamkan kenyataan Tunku Mahkota Johor itu susulan kekalahan Malaysia ke atas Vietnam dalam aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.


4. Sidang Parlimen secara hibrid dijangka akhir Ogos, awal September - Yang di-Pertua Dewan

Parlimen menjangkakan persidangan secara hibrid boleh diadakan sekitar akhir Ogos ini ataupun selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengeluarkan kenyataan bersama mengenai pelaksanaan Parlimen hibrid

Perkara itu dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan bersama 25 Jun lalu.


5. Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara - Hamzah

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang ke-27 berkuat kuasa 25 Jun 2021.

Pelantikan itu sekali gus melengkapkan barisan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pada tiga Mei lalu.


6. Kembar seiras tertukar, hanya diketahui selepas 20 tahun

Bagaikan kisah dalam sinetron, dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas, rupa-rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

BACA: Keluarga anak tertukar lantik peguam untuk ambil tindakan undang-undang

Lebih memeritkan, kejadian itu hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, 'kembarnya' Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, telah dewasa dan disahkan September tahun lepas selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.


7. COVID-19: Jualan gerai terkesan akibat PKP, Khalid Jamlus umum terpaksa 'gulung tikar' 

Bekas pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus umum terpaksa menutup perniagaan gerai makan miliknya di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor pada 27 Jun lalu.

Gerai Daging Masak Lomak Cili Api yang diusahakan bekas pemain skuad Olimpik 2000, Perak, Selangor, Kelantan, ATM dan Kelantan itu telah dibuka hampir setahun lalu.


PKP 3.0 | Khalid Jamlus buntu


8. Rebat elektrik kekal 1 Julai hingga 31 Dis, diskaun bil bersasar akan diumum PM 

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pemberian rebat tambahan itu membolehkan semua pemegang akaun TNB menikmati purata diskaun sebanyak lima peratus dalam tempoh berkenaan. 


Rebat bil elektrik 2 sen/kwj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2021


9. Akur keputusan Arab Saudi, Malaysia tidak hantar jemaah haji tahun ini 

“Saya ingin menyatakan bahawa Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442H, akur serta menghormati keputusan kerajaan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji dijalankan bagi warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut,” ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Malaysia sekali lagi membuat keputusan untuk tidak menghantar jemaah haji bagi musim haji 1442H.

10. Tidak perlu merayu, tidak perlu malu, rakyat Malaysia lancar #KempenBenderaPutih

Rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.


Niaga AWANI: #BenderaPutih: Apakah tekanan yang dihadapi isi rumah, individu yang teruk terkesan ini?