PUTRAJAYA: Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja diperkenalkan hari ini untuk memelihara identiti Bandar Diraja sebagai lambang kedaulatan negara, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata GPP itu terpakai untuk sembilan Bandar Diraja di Semanjung Malaysia dan telah dibentang serta diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mei lepas sebagai panduan pembangunan yang merangkumi aspek warisan, identiti, ekonomi dan pelancongan.
Bandar Diraja terlibat adalah Bandar Diraja Arau, Perlis; Bandar Diraja Anak Bukit, Kedah; Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak; Bandar Diraja Klang, Selangor dan Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan.
GPP itu turut terpakai di Bandar Maharani Bandar Diraja Muar, Johor; Bandar D'Raja Al-Muhammadi Kubang Kerian, Kelantan; Bandar Diraja Kuala Terengganu, Terengganu; dan Bandar Diraja Pekan, Pahang.
"Bandar berkenaan menyimpan budaya dan peradaban kesultanan Raja-Raja Melayu yang merupakan aset warisan bangsa yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.
"Pemakaian GPP ini dapat memastikan nilai warisan bangsa dipelihara dengan menjadikan bandar ini sebagai warisan sejarah serta simbol kedaulatan negara," katanya dalam sidang media mengenai GPP Bandar Diraja di sini hari ini.
GPP itu turut menggariskan kawalan intensiti pembangunan di kawasan Bandar Diraja, penyediaan komponen utama dan unsur sokongan seperti galeri, muzium, dataran dan arca Diraja, selain aspek seni bina bangunan dan landskap bagi meningkatkan lagi potensi, imej serta identiti bandar itu.
"Sekiranya Bandar Diraja ini ditonjolkan identiti, keistimewaan serta keindahan warisan Diraja, ia boleh juga dijenamakan sebagai satu lagi tarikan pelancongan terkini untuk pelancong asing," kata Nga.
Beliau berkata garis panduan itu akan dibentangkan pada mesyuarat menteri besar dan ketua menteri pada 11 Julai ini dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-262 pada 12 Julai untuk pemakluman mengenai usaha dilakukan bagi memartabatkan institusi raja di negara ini.
Menurut Nga beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada minggu ini serta memaklumkan mengenai garis panduan itu.
"Dengan perancangan rapi, saya jangka sembilan Bandar Diraja boleh pakai (garis panduan itu) dan ia dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya," katanya.
Ditanya sama ada projek pembangunan di Bandar Diraja dihadkan melalui pengenalan garis panduan berkenaan, Nga berkata ia tidak dihadkan tetapi ada kawalan tertentu dilaksanakan kerana setiap pembangunan perlu mencerminkan keistimewaan dan keindahan institusi warisan negara.
"Bentuk pembangunan setiap negeri ada identiti dan ciri keistimewaan sendiri, apabila mereka (pemaju) ingin hantar permohonan Kebenaran Merancang, kita akan berikan identiti terkini (Bandar Diraja) seperti landskap iaitu pokok spesies Diraja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
Bandar Diraja terlibat adalah Bandar Diraja Arau, Perlis; Bandar Diraja Anak Bukit, Kedah; Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak; Bandar Diraja Klang, Selangor dan Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan. Gambar fail
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata positif - Media Mesir
Kemajuan ketara dicapai dalam rundingan gencatan senjata mengenai konflik Gaza yang berlangsung sejak Sabtu lalu, laporan media Mesir.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama bantuan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dengan keseluruhan 100 kontena melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM12 juta, bermula pada Isnin. Laporan Afiezy Azaman dari Kaherah, Mesir.
Polis jangka 'deefake' libat ahli politik meningkat
Polis menjangkakan jenayah penggunaan imej palsu menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) deepfake membabitkan ahli politik akan meningkat.
Jenayah Komersial di Malaysia meningkat 95.2 peratus dalam tempoh 5 tahun
Jenayah Komersial menyaksikan peningkatan sehingga 95.2 peratus dalam tempoh lima tahun.
Berusia 30 tahun ke atas, aktif media sosial, pendapatan kukuh jadi sasaran
Mereka yang berusia 30 tahun ke atas, aktif di media sosial dan mempunyai pendapatan kukuh merupakan sasaran sindiket penipuan jenayah komersial.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
Terus jaga, pertahan unsur tradisional Bandar Diraja Pekan - Agong
"Kemunculan reka bentuk bangunan dan seni bina moden tidak wajar menjadi faktor kepada kepupusan nilai seni dan warisan budaya tempatan."
Garis panduan pelihara identiti Bandar Diraja diperkenal
Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan (GPP) Bandar Diraja diperkenalkan hari ini untuk memelihara identiti Bandar Diraja sebagai lambang kedaulatan negara.