awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli

Bernama
Bernama
12/02/2021
09:29 MYT
Garis panduan pengambilan vaksin ketika Ramadan akan dibincangkan - Zulkifli
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, panduan itu akan diumumkan setelah perbincangan mendalam dilakukan bersama semua pihak. - Gambar fail
SEREMBAN:Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, akan membincangkan mengenai garis panduan pengambilan vaksin bagi umat Islam, ketika bulan Ramadan nanti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, panduan itu akan diumumkan setelah perbincangan mendalam dilakukan bersama semua pihak, dalam mesyuarat yang akan diadakan pada Selasa atau Rabu depan.
"(Dalam mesyuarat) Kita akan sentuh beberapa isu mengenai pengambilan vaksin semasa siang hari pada Ramadan bagi mereka yang berpuasa dan mereka yang ingin ke pergi Mekah untuk menunaikan Haji... ia akan dibahas dan diputuskan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata pengambilan suntikan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya adalah harus, kerana ia merupakan keperluan ketika ini.
"Kita akan lihat dan teliti satu persatu," katanya.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini.
Dalam pada itu, Zulkifli menyatakan kesediaannya menjadi antara yang terawal menerima suntikan vaksin COVID-19 selepas bekalannya sampai di negara ini nanti, dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi individu pertama bakal disuntik vaksin Pfizer.
"Saya sejujurnya ikut pada keputusan dibuat pihak berkuasa, ikut pada keadaan, kalau saya juga diminta selepas beberapa orang menteri Kabinet, InsyaAllah, saya bersedia," katanya.
Pada 4 Feb lalu, Muhyiddin berkata kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu, menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.
Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk 500,000 petugas barisan hadapan, fasa kedua dari April hingga Ogos kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk warga emas berusia 60 tahun ke atas, serta fasa ketiga pula bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Pfizer
#bulan Ramadan
#suntikan vaksin
#Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Islam
#Muhyiddin Yassin
#Dr Zul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan