Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perpaduan Negara pada Jumaat memuktamadkan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Prasekolah.
Ketiga-tiga kementerian dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini memaklumkan garis panduan itu disediakan dengan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 15 Jun lalu telah meluluskan garis panduan ini serta bersetuju bahawa tarikh pembukaan semula prasekolah, tabika, tadika kerajaan dan swasta adalah bermula dari 1 Julai.
"Garis panduan ini perlu dibaca bersekali dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM pada 4 Jun 2020," menurut kenyataan itu.
BACA: Ibu bapa perlu semai amalan kebersihan sebelum prasekolah, tabika dibuka
BACA: Prasekolah sudah boleh dibuka? Ini lima tumpuan sidang media PKPP
Garis panduan itu terpakai untuk semua kelas prasekolah, tabika, tadika kerajaan serta swasta dan boleh dimuat turun dari pautan berikut: https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman.
Melalui laman sesawang itu, didapati garis panduan tersebut mengandungi tujuan ia disediakan selain peranan dan tanggungjawab pentadbir, guru serta pembantu urusan murid, ibu bapa atau penjaga.
Ia turut mengandungi garis panduan pelaksanaan seperti pengoperasian prasekolah, waktu tiba dan pulang serta Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) prasekolah.
Antara fokus dalam garis panduan itu ialah pihak pentadbir perlu memastikan guru serta pembantu pengurusan murid membuat persediaan sebelum pembukaan semula kelas, termasuk memastikan tiada penggunaan permaidani, tikar dan skirting meja.
Selain itu, bilik kesihatan atau bilik sakit perlu disediakan untuk dijadikan sebagai bilik isolasi bagi menempatkan murid yang didapati bergejala sebelum dibawa ibu bapa atau penjaga untuk rawatan.
Garis panduan itu turut menyatakan bahawa guru perlu memastikan ibu bapa atau penjaga tidak memasuki kelas prasekolah, tabika atau tadika.
Bagi ibu bapa atau penjaga pula, mereka digalakkan menghantar anak ke prasekolah, tabika atau tadika bagi memastikan murid dapat menguasai pengetahuan serta kemahiran asas sebagai persediaan untuk pembelajaran seterusnya.
Bagaimanapun, mereka perlu memastikan anak atau anak jagaan tidak membawa beg sekolah dan bekalan makanan minuman (pengecualian diberikan kepada anak atau anak jagaan yang memerlukan makanan khas dengan kebenaran pihak pentadbir sekolah).
Mereka juga digalakkan untuk membawa anak atau anak jagaan terus pulang ke rumah selepas sesi persekolahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 19 2020

Ibu bapa digalakkan menghantar anak ke prasekolah, tabika atau tadika bagi memastikan murid dapat menguasai pengetahuan serta kemahiran asas sebagai persediaan untuk pembelajaran seterusnya. - Gambar hiasan

COVID-19: Biden umum strategi tangani pandemik
Ia termasuk mempercepatkan program vaksinasi dan kajian lanjut, pembukaan semula sekolah dan perniagaan serta meningkatkan penggunaan pelitup muka.

Banjir Sabah: Bilangan mangsa di PPS semakin menurun
Jumlah PPS yang beroperasi setakat malam tadi kekal enam, membabitkan empat daerah.

AWANI Ringkas: Tabung Khas ASEAN COVID-19 perlu disegerakan | Golongan profesor tunjang pendidikan negara

COVID-19: Kes positif global hampir 97.3 juta, kematian lebih 2.08 juta
Amerika Syarikat paling teruk terjejas dengan lebih 24.5 juta kes positif dan 408,000 kematian.

Anak gajah Borneo Pygmy ditemui mati dalam ladang sawit
Bangkai anak gajah berusia kurang dua tahun itu dipercayai mati sejak seminggu lepas.

COVID-19: Thailand pertama kali lulus vaksin keluaran AstraZeneca
Vaksin keluaran AstraZeneca dari Itali itu diluluskan pada Rabu dan lesen import dan pendaftaran vaksin tersebut sah selama setahun.

Kerajaan boleh nilai semula GST, tambah baik pelaksanaan - MIDF
Kerajaan boleh menilai semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengkaji untuk cukai penggunaan itu dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

AirAsia mahu kumpul RM454.51 juta melalui tawaran saham persendirian
Langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.

Kementerian Perpaduan Negara salur peruntukan RM1.55 juta bagi penyediaan PPE
Sehingga 4 Jan lepas, sebanyak 176,043 unit PPE disiapkan bagi kegunaan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan.

Garis panduan pengurusan pembukaan semula prasekolah dikeluarkan
Garis panduan ini perlu dibaca bersekali dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh KPM pada 4 Jun 2020.