KUALA LUMPUR:Gas asli akan terus membantu merapatkan peralihan tenaga yang tidak dapat dielakkan dan menangani isu perubahan iklim yang dihadapi dunia, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata campuran tenaga Malaysia telah disokong oleh gas asli selama beberapa dekad dan untuk jangka masa yang panjang, tetapi negara masih banyak yang perlu dilakukan dalam perjalanannya ke arah masa depan yang mampan.
Bagaimanapun, beliau menyatakan keyakinan dari segi pemikiran yang kolektif dan keupayaan merealisasikan peralihan tenaga, memastikan keperluan hari ini dipenuhi dan pada masa sama menangani cabaran yang akan datang.
"Kami berharap gas asli dapat memainkan peranan penting dalam peralihan tenaga ini, menawarkan sumber tenaga asas yang selamat, mampu milik dan mampan bersama dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang berkembang, tetapi sering tidak sekata.
"Sinergi ini memberi peluang pelaburan yang besar, bukan hanya di peringkat huluan tetapi seluruh rantaian nilai," katanya pada Forum Tenaga Antarabangsa (IEF) Ke-7 - International Gas Union (IGU) Ministerial Gas Forum Virtual Roundtable yang diadakan secara maya hari ini.
Muhyiddin berkata prospek jangka panjang untuk gas lebih cerah daripada bahan api fosil lain berikutan kosnya yang rendah dan pelepasan daripada pengeluaran yang lebih rendah.
Bagi mendapatkan kelebihan daya saing sebenar dalam pasaran yang tidak menentu, katanya penggiat gas perlu memberi tumpuan semula kepada usaha mereka dalam kecekapan modal, pengoptimuman rantaian bekalan, pembangunan pasaran hiliran, mengurangkan intensiti karbon serta digital dan analisis lanjutan.
"Jika berjaya dilakukan, saya yakin gas dapat menghadapi pasaran yang tidak dapat dijangka dan mencari peluang untuk pertumbuhan yang lebih pesat bukan hanya di Malaysia, tetapi pasaran global secara keseluruhan," katanya.
Beliau berkata teknologi akan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan masa depan yang positif untuk gas.
Katanya pengeluar gas boleh menggunakan teknik digital dan analisis lanjutan untuk merealisasikan potensi nilai yang tersembunyi secara signifikan.
Hanya melalui pelaburan teknologi ini, peranan gas asli dalam mengurangkan intensiti karbon dalam sektor tenaga berbanding campuran tenaga lain dapat dikekalkan dan berkembang dengan menawarkan cadangan nilai yang menarik kepada pengguna, katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan, dalam merancang dan melaksanakan dasar, memainkan peranan penting dalam membentuk peluang.
"Banyak akan bergantung kepada kapasiti pelabur untuk menyediakan penyelesaian baharu dan menghadapi risiko dalam hala tuju masa depan pasaran gas dan teknologi.
"Sehubungan itu, kerajaan akan menyediakan insentif kepada pihak berkepentingan utama untuk mempercepatkan pembangunan, pengkomersialan dan pengeluaran teknologi baharu untuk peralihan tenaga," katanya.
Perdana Menteri berkata insentif pengawalseliaan mungkin memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menggalakkan inovasi teknologi seperti dasar "regulatory sandboxes" yang dapat mewujudkan ruang selamat bagi pihak berkepentingan dalam inovasi tenaga untuk menguji penyelesaiannya dalam persekitaran kehidupan, tetapi terkawal, tanpa tertakluk kepada syarat peraturan biasa.
Beliau turut berkata sebarang bantuan kewangan selanjutnya perlu digunakan dengan bijak.
Ini ialah kerana beberapa pengalaman terdahulu mengenai subsidi boleh diperbaharui di pasaran yang lebih maju menunjukkan ia boleh membebankan pembayar cukai, kapasiti berlebihan dan akhir sekali, kos yang tidak dapat ditanggung untuk pengguna apabila dihentikan, sekiranya tidak dilaksanakan dengan berhati-hati.
Menyentuh mengenai usaha Malaysia dalam sektor tenaga, Muhyiddin berkata satu Pelan Tindakan Gas Asli (NGR) kini sedang dibangunkan dan akan menjadi bahagian penting keseluruhan Dasar Tenaga Negara (NEP) yang akan diumumkan pada suku pertama tahun hadapan.
Oleh itu, dokumen-dokumen inilah yang akan berfungsi sebagai kerangka dasar penting dalam sektor tenaga di bawah Rancangan Malaysia ke-12, 2021-2025, katanya
"NGR akan berusaha untuk mengoptimumkan antaranya nilai sumber gas asli, meningkatkan keselamatan bekalan dan akses kepada kos gas berdaya saing," katanya.
Muhyiddin turut maklum pelbagai inisiatif dan infrastruktur telah dibangun untuk meningkatkan lagi penggunaan gas di dalam negara dan melangkaui luar pesisirnya.
Inovasi global Malaysia dalam gas ialah siapnya kemudahan gas asli cecair terapung (FLNG) operasi pertama di dunia pada tahun 2016 dengan kapasiti menghasilkan 1.2 juta tan LNG setahun yang membolehkannya mengoptimumkan medan gas yang terkandas sebelum ini.
Ini diikuti oleh FLNG kedua yang dijangka beroperasi secara komersial tahun depan, tambah beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 03 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucaptama di Forum Tenaga Antarabangsa (IEF) Ke-7 International Gas Union (IGU) Ministerial Gas Forum Virtual Roundtable yang disiarkan secara maya hari ini. - BERNAMA
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Pendapatan Gas Malaysia susut disebabkan kelemahan dalam volum jualan gas asli
Keuntungan bersih Gas Malaysia Bhd susut kepada RM383.40 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 (TK2023) berbanding RM389.54 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya.
Untung bersih suku ketiga FGV susut kepada RM31.98 juta
Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 susut kepada RM31.98 juta daripada RM241.67 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
MyGAS 2023 bincang peranan penting gas asli dalam peralihan tenaga
MyGAS 2023 menyediakan platform untuk penggubal dasar dan peneraju industri dari seluruh dunia membincangkan peranan gas dalam peralihan tenaga.
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2022
Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2022 selepas Australia, Amerika Syarikat, Qatar dan Rusia.
Semakan semula pelan pembangunan Blok Kasuri Genting dapat kelulusan dari Indonesia
Semakan semula POD 1 bertujuan membekalkan 230 juta mmcfd gas asli ke loji FLNG selama tempoh 18 tahun.
Iran rancang tambah pengeluaran gas dari Teluk Parsi
Projek pembangunan itu akan meningkatkan pengeluaran gas Iran sehingga 56 juta meter padu sehari.
Untung bersih Gas Malaysia melonjak kepada RM107.34 juta pada suku kedua
Prestasi ini didorong terutama oleh keuntungan kasar dan pendapatan kewangan lebih tinggi serta kos kewangan lebih rendah.
Korea Selatan bekalkan gas ke Eropah susulan krisis Ukraine
Korea Selatan memutuskan untuk membekalkan sebahagian daripada gas LNGnya ke Eropah.
Bank Dunia beri amaran kenaikan harga makanan, tenaga akibat konflik Rusia-Ukraine
Kenaikan kos tenaga dalam tempoh dua tahun lalu adalah yang tertinggi sejak 1973.
Rusia hentikan bekalan gas asli ke Poland, Bulgaria
Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki mengesahkan menerima notis daripada Gazprom untuk menggantung bekalan gas.