awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gas bocor di Kawasan Perindustrian Kerteh: Seorang pekerja cedera, dua selamat

Astro Awani
Astro Awani
20/07/2024
22:37 MYT
Gas bocor di Kawasan Perindustrian Kerteh: Seorang pekerja cedera, dua selamat
Pihak bomba mendapati terdapat kebocoran gas jenis hidrokarbon di bahagian paip yang sedang dibaik pulih oleh kontraktor yang dilantik. - Foto Astro AWANI
KEMAMAN: Kebocoran gas di Kawasan Perindustrian Kerteh di sini mengakibatkan seorang pekerja cedera manakala dua lagi selamat.
Dalam kejadian petang semalam, seorang pekerja berusia 29 tahun cedera di bahagian betis selepas terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dan dirawat di lokasi kejadian.
Manakala dua rakannya yang berusia 23 dan 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II Azman Alias, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.05 petang.
Susulan itu, 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh bersama Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) serta tiga jentera termasuk sebuah 'water tanker', bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik saja tiba, pasukan mendapati berlaku kebocoran gas hidrokarbon di bahagian paip yang sedang dalam proses baik pulih oleh kontraktor dilantik," katanya.
Azman berkata, bomba menggunakan teknik semburan penyejukan atau cooling down bagi mengawal keadaan sehingga tiada tekanan gas di dalam paip terbabit.
Operasi ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 5.28 petang.
Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Topic Berkaitan
#gas bocor
#JBPM Terengganu
#Kawasan Perindustrian Kerteh
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan