KHAN YUNIS (Gaza): Tiga pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza, meninggal dunia pagi ini akibat gangguan bekalan elektrik di tengah-tengah pengepungan berterusan Israel ke atas hospital itu, menurut sumber perubatan.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan mengenai keadaan menyedihkan di hospital itu dengan dua wanita terpaksa bersalin dalam keadaan serba kekurangan akibat kekurangan kemudahan penting seperti elektrik, air, makanan dan alat pemanas.
Sumber itu berkata bahan api semakin berkurang dan sekatan Israel menimbulkan ancaman kepada nyawa pesakit dan kanak-kanak di kompleks hospital itu.
Pentadbiran hospital menggesa semua institusi antarabangsa segera campur tangan untuk menyelamatkan mereka yang berada di kompleks perubatan berkenaan.
Terdahulu pada Khamis, tentera pendudukan Israel memaksa pentadbiran Kompleks Perubatan Nasser supaya memindahkan semula 95 profesional penjagaan kesihatan, 11 keluarga, 191 pesakit dan 165 penjaga pesakit bangunan lama Nasser Building.
Serangan Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 28,000 orang dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan barangan keperluan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 16 2024
Pentadbiran hospital menggesa semua institusi antarabangsa segera campur tangan untuk menyelamatkan mereka yang berada di kompleks perubatan berkenaan.- Foto Reuters
Alamak! Arsenal kempunan lagi!
Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta telah beraksi cemerlang sepanjang musim tetapi terpaksa menelan hempedu di penghujung jalan.
[LAPOR LANGSUNG] Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter
Dron berkenaan mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.
Niaga AWANI: Perspektif Pelaburan: Dari angka KDNK ke angka pasaran
Lanskap ekonomi Malaysia dalam suku pertama tahun 2024 telah ditandai dengan prestasi yang kukuh, melebihi jangkaan dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2%. Bagaimana data ekonomi ini dapat diterjemahkan dan digunakan dalam pasaran modal?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: 4.2% KDNK suku pertama 2024, melebihi sasaran
Bank Negara Malaysia memaklumkan, semua sektor ekonomi berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia disumbang terutamanya oleh sektor perkhidmatan (59.3%), pembuatan (23.1%) dan pembinaan (3.9%).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Hala tuju baharu tiga agensi Bumiputera kementerian ekonomi
Tiga agensi mandat Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi iaitu Yayasan Peneraju, TERAJU dan Ekuinas akan mengumumkan program-program khusus yang dibuka kepada bakat-bakat niagawan Bumiputera untuk mencapai anjakan sekali gus menskalakan agenda penciptaan nilai Bumiputera ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.
Niaga AWANI: Sentimen pengguna lemah, reformasi ekonomi perlu lebih strategik?
Apakah impikasi jangka panjang sekiranya sentimen atau keyakinan pengguna terus melemah dan apakah langkah reformasi yang perlu dilakukan? Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kecoh himpunan 250 ekor 'oyen'
Orang ramai terutama pencinta kucing begitu teruja menyaksikan gelagat kucing berbulu oren daripada pelbagai baka.
[TERKINI] Pembentangan hala tuju baharu agensi bermandat Bumiputera
Pembentangan Hala Tuju Baharu Agensi Bermandat Bumiputera: Yayasan Peneraju, TERAJU Dan Ekuinas akan diadakan di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli turut hadir menyampaikan ucapan khas.
AWANI Ringkas: Operasi SAR dipergiat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
'Zon kemanusiaan' Israel suatu pembohongan, tiada tempat selamat di Gaza - UNRWA
Dakwaan rejim Israel bahawa penduduk Gaza boleh berpindah ke 'zon selamat' atau 'zon kemanusiaan' ialah satu pembohongan.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Al-Mawasi 'neraka' ciptaan rejim Zionis
Lebih 400,000 penduduk Gaza kini berlindung di al-Mawasi tanpa mengetahui muslihat sebenar rejim Zionis menempatkan mereka di situ.
Rejim Zionis mara ke Jabalia, antara kem pelarian terbesar
Lokasi operasi rejim itu tertumpu di Jabalia, salah satu daripada lapan kem pelarian terbesar di Semenanjung Gaza.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Penghantaran pertama bantuan kemanusiaan AS tiba di Gaza
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Jumaat mengumumkan kejayaan penghantaran pertama bantuan ke Semenanjung Gaza melalui dermaga kemanusiaan multinasional.
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.