awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gegar 'payung' nasi untuk peminat di Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
27/06/2021
01:34 MYT
Gegar 'payung' nasi untuk peminat di Kelantan
Nasi berlauk pada harga serendah RM1.50 sebungkus mendapat sambutan menggalakkan masyarakat setempat. - Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
TUMPAT: Selepas tular di media tempatan kisah seorang ibu tunggal menjual nasi dengan harga RM1.50, rangkaian Radio Astro, Gegar turut tidak ketinggalan melakukan kerja amal membelanjakan 100 bungkus nasi berlauk untuk peminatnya di Kelantan.
Menurut Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham, bagi menyumbang dan menghargai inisiatif baik penjual, Gegar Pagi "memayung" 100 bungkus nasi kepada pelanggan kedai nasi bungkus RM1.50, Siti Suhada Salleh, 34 tahun, yang berniaga nasi berlauk pagi di kampung Alor Tal, di sini.
"Pihak Gegar Pagi terpanggil untuk menelefon dan menemubual Siti Suhada pada hari Khamis lepas dan menurut Suhada, walaupun menjual dengan harga murah, dia masih memperoleh keuntungan," katanya kepada Astro AWANI.
"Gegar Pagi juga ingin berkongsi usaha Suhada menzahirkan semangat membantu orang ramai yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0," tambahnya.
  Nasi bungkus berlaukkan gulai ayam, gulai ikan dan ayam goreng serta nasi lemak itu dijual oleh Siti Suhada sejak pelaksanaan PKP Penuh. - Astro AWANI
Nasi bungkus berlaukkan gulai ayam, gulai ikan dan ayam goreng serta nasi lemak itu dijual oleh Siti Suhada sejak pelaksanaan PKP Penuh. - Astro AWANI
Menurut Raja Nadia lagi, pihaknya menyokong usaha Siti Suhada yang memahami kesusahan orang-orang kampung ketika PKP dengan tidak mengenakan harga yang tinggi nasi berlauk yang diniagakannya.
Sebelum ini media tempatan menyiarkan kisah seorang peniaga di Kampung Alor Tal di sini, menjual nasi berlauk pada harga serendah RM1.50 sebungkus yang mendapat sambutan menggalakkan masyarakat setempat.
Nasi bungkus berlaukkan gulai ayam, gulai ikan dan ayam goreng serta nasi lemak itu dijual oleh Siti Suhada sejak pelaksanaan PKP Penuh, awal bulan ini.
Topic Berkaitan
#nasi bungkus
#Gegar Pagi
#belanja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan