Skip to main content

Malaysia

Gelaran Datuk: Tengku dituduh menipu RM64,500

SINAR HARIAN
Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 3 Jun untuk serahan dokumen. - Gambar/ Sinar Harian

SEREMBAN: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu boleh mendapatkan Pingat Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk dengan bayaran RM64,500, tahun lepas.

Pengakuan Tengku Ahmad Ariff Mulia Tengku Daeng Bahaismail, 27, direkodkan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdayakan seorang lelaki supaya membuat pembayaran itu bagi menguruskan proses mendapatkan pingat DBNS bersempena dengan Hari Keputeraan ke-78 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Nuri Indah di sini antara 30 Mac hingga 6 Dis tahun lepas dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin menawarkan jaminan RM15,000 bagaimanapun peguam Chrysandy Lai memohon jumlah itu dikurangkan atas alasan lelaki tersebut tidak bekerja dan menjaga ibu selepas kematian bapanya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 3 Jun untuk serahan dokumen.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video