awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba

Bernama
Bernama
05/02/2025
15:30 MYT
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Bandar Bintulu hampir pulih daripada bencana banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun, kini berdepan gelombang kedua selepas beberapa kawasan kembali dinaiki air lewat petang tadi akibat hujan lebat berterusan. - BERNAMA
BINTULU: Bandar Bintulu hampir pulih daripada bencana banjir terburuk dalam tempoh 30 tahun, kini berdepan gelombang kedua selepas beberapa kawasan kembali dinaiki air lewat petang tadi akibat hujan lebat berterusan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii memaklumkan kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
Beliau turut berkongsi gambar dan video keadaan semasa kepada pihak media melalui aplikasi WhatsApp dan ketika ditanya sama ada gelombang kedua banjir telah bermula, beliau mengesahkan dengan jawapan ringkas: "Ya."
Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki dilaporkan hilang selepas bot yang dinaikinya bersama isteri karam di Sungai Anap, Tatau, lewat petang ini.
Menurut maklumat yang tular di media sosial, isteri mangsa selamat dalam insiden yang berlaku berhampiran kawasan Sangan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak mengesahkan menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6.20 petang.
Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai Apai Kanun dari Rumah Antau Sait, Sungai Anap, Tatau itu hanya akan dimulakan esok berikutan jalan ke lokasi kejadian terputus hubungan serta keadaan cuaca yang gelap.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Bintulu
#gelombang kedua
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan