awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tolak ancaman Trump, sedia bertindak balas terhadap sebarang serangan AS
Pesawat terhempas di Colombia, semua 15 penumpang terkorban
Nicki Minaj dakwa sebagai ‘peminat nombor satu’ Donald Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang kedua MTL: Rakyat Perak diminta berhati-hati, 5,600 anggota keselamatan bersiap siaga

Bernama
Bernama
08/12/2025
08:50 MYT
Gelombang kedua MTL: Rakyat Perak diminta berhati-hati, 5,600 anggota keselamatan bersiap siaga
Datuk Seri Saarani Mohamad, menegaskan setiap arahan dikeluarkan berdasarkan penilaian risiko menyeluruh oleh jabatan dan agensi berkaitan. - BErnama
IPOH: Rakyat Perak diingatkan supaya berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa susulan gelombang kedua Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berlanjutan sehingga Mac depan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, menegaskan setiap arahan dikeluarkan berdasarkan penilaian risiko menyeluruh oleh jabatan dan agensi berkaitan.
"Orang ramai tidak boleh mengambil mudah keadaan semasa. Perubahan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kawasan yang sebelum ini selamat turut terjejas.
"Justeru, kita diminta akur arahan pihak berkuasa bagi memastikan operasi berjalan teratur dan memberi ruang kepada pasukan penyelamat bertindak pantas," katanya selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri-8, 2025 di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menjelaskan gelombang kedua banjir dijangka berlaku dalam tempoh dua minggu bermula hari ini, dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka terjejas.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan bencana sama akan melanda Sabah dan Sarawak mulai penghujung Disember sehingga Mac tahun depan.
Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata Pusat Kawalan Bencana Negeri Perak yang telah diaktifkan sejak gelombang pertama banjir pada November lalu, akan terus berfungsi bagi tujuan koordinasi merangkumi semua jabatan dan agensi terlibat.
Ahmad Suaidi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata pusat berkenaan merupakan platform utama yang menggerakkan aset penyelamat, termasuk anggota, kenderaan, peralatan keselamatan dan sebagainya.
"Untuk banjir kali ini, kita telah bersedia dengan 5,676 anggota keselamatan, 384 kenderaan pacuan empat roda, 97 ambulans, 251 kenderaan berat, 251 bot menyelamat, 1,500 jaket keselamatan serta 4,400 khemah untuk kegunaan di pusat pemindahan sementara (PPS).
"Pusat kawalan ini telah mengkoordinasi semua aset semasa gelombang pertama dan akan terus digunakan bagi memastikan operasi menyelamat mangsa banjir berjalan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gelombang kedua
#monsun timur laut
#rakyat perak
#bersiap siaga
#anggota keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan