awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi di Jepun, PM dan isteri zahir simpati

Bernama
Bernama
01/01/2024
22:20 MYT
Gempa bumi di Jepun, PM dan isteri zahir simpati
Pagar torii musnah akibat gempa bumi di Kuil Onohiyoshi di Kanazawa, Jepun. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati terhadap rakyat Jepun terutamanya di Wilayah Ishikawa yang dilanda gempa bumi, pada Isnin.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata kerajaan menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana itu.
"Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini termasuk rakyat kita di sana," menurut catatan itu.
Gempa bumi itu dengan magnitud 7.6, mencetuskan amaran tsunami di sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan gelombang tsunami kecil sampai ke pantainya.
Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat bencana itu.
Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81-3-3476-3840 atau +8180-3913-3840 (kecemasan) dan e-mel [email protected] atau [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Anwar Ibrahim
#Kedutaan Besar Malaysia
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan