awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Jepun: ASEAN sedia hantar bantuan

Bernama
Bernama
04/01/2024
11:45 MYT
Gempa bumi Jepun: ASEAN sedia hantar bantuan
Angka kematian akibat gempa bumi telah meningkat kepada 82 orang manakala jumlah penduduk yang tidak dapat dikesan meningkat kepada 80 orang. - Gambar/ AP
BANGKOK: ASEAN menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan susulan gempa bumi di wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada 1 Jan.
Dalam satu kenyataan, menteri-menteri luar ASEAN berkata badan serantau itu sedih dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda akibat gempa bumi berkenaan.
"ASEAN menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Jepun, terutamanya keluarga dan masyarakat yang terjejas akibat gempa bumi.
"ASEAN menegaskan solidaritinya dengan kerajaan dan rakyat Jepun dalam masa sukar ini," katanya.
Menteri-menteri itu berkata ASEAN yakin bahawa Jepun akan mengatasi dan pulih dengan cepat daripada impak bencana berkenaan.
Menurut Agensi Berita Xinhua, di tengah-tengah usaha menyelamat yang berterusan, angka kematian telah meningkat kepada 82 orang manakala jumlah penduduk yang tidak dapat dikesan meningkat kepada 80 orang sehingga petang Khamis selepas beberapa siri gempa bumi sehingga 7.6 skala Richter melanda wilayah itu dan kawasan sekitarnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi Jepun
#ASEAN
#bantuan asing
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan