Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi kuat landa semenanjung Minahassa Sulawesi, gegaran turut dirasai di Sabah

Strong M6.1 earthquake in Minahasa Peninsula, Sulawesi at 12:25 pm, 16/8/26. Epicenter at 0.1°S and 120.6°E, depth 10 km. 116km NNW of Palu, Indonesia. Tremors felt in Tawau, Lahad Datu and Semporna. No tsunami threat to Malaysia. -- X Jabatan Meteorologi Malaysia @metmalaysia
Gegaran dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna di Sabah, namun tiada ancaman tsunami kepada negara. - Foto X/MetMalaysia
Advertisement

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 dikesan berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada 12.25 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 0.1 darjah selatan dan 120.6 darjah timur, dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 116 km Timur Laut dari Palu, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di sekitar Tawau, Lahad Datu dan Semporna di Sabah, namun tiada ancaman tsunami kepada negara.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement