LUSAKA: Angka korban dalam kejadian feri karam di Tasik Kariba, Zimbabwe meningkat kepada 68 orang pada Sabtu, menurut polis, lapor Anadolu Ajansi.
“Polis Republik Zimbabwe memaklumkan rakyat dan pihak berkepentingan bahawa angka korban dalam kemalangan bot di Kariba kini mencecah 68 orang susulan penemuan 22 mayat pada 15 Ogos,” menurut kenyataan itu.
Feri berkenaan yang direka untuk membawa 90 penumpang dan lima anak kapal, karam pada Selasa akibat angin kencang.
Pihak berkuasa berkata ia membawa muatan berlebihan dengan lebih 120 penumpang, termasuk 12 kanak-kanak, manakala 77 orang berjaya diselamatkan.
-- BERNAMA-ANADOLU