awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi kuat sekali lagi gegar Kepulauan Kermadec malam ini

Astro Awani
Astro Awani
06/03/2021
14:23 MYT
Gempa bumi kuat sekali lagi gegar Kepulauan Kermadec malam ini
MetMalaysia memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 1,154 km selatan dari Laucala, Fiji. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Kermadec pada 8.05 malam ini (waktu Malaysia).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan malam ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 1,154 km selatan dari Laucala, Fiji.
MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Pada Jumaat, gempa bumi berkekuatan 8.1 pada skala Richter melanda pesisir pantai New Zealand berhampiran Kepulauan Kermadec, memaksa ribuan penduduk berpindah dan mencetuskan amaran tsunami di seluruh Pasifik Selatan.
BACA: Gempa bumi 8.1 pada skala Richter landa New Zealand, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa itu adalah yang paling besar dalam rangkaian gegaran yang melanda wilayah itu dalam tempoh beberapa jam, termasuk dua gegaran sebelumnya yang mencatat magnitud 7.4 dan 7.3.
Amaran Tsunami | Penduduk cemas alami gegaran kuat
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#skala Richter
#Kepulauan Kermadec
#tsunami
#New Zealand
#gempa
#sekali lagi
#amaran
#Penduduk
#berpindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan