Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 dikesan di Ranau

Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai oleh sebahagian penduduk di sekitar Ranau dan beberapa kawasan berhampiran. -Gambar hiasan
Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai oleh sebahagian penduduk di sekitar Ranau dan beberapa kawasan berhampiran. -Gambar hiasan

Advertisement

Ringkasan AI

  • Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di Panginatan, Ranau, Sabah pada jam 10.57 pagi, Sabtu.
  • Pusat gempa terletak 14 kilometer ke selatan Ranau pada kedalaman 13 kilometer dan gegaran dirasai di kawasan sekitar.
  • Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan MetMalaysia terus memantau keadaan bagi memastikan keselamatan orang ramai.

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di Panginatan, Ranau, Sabah pada jam 10.57 pagi, Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur.

Episenter gempa berkenaan berada kira-kira 14 kilometer ke selatan bandar Ranau pada kedalaman 13 kilometer.

Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai oleh sebahagian penduduk di sekitar Ranau dan beberapa kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, tiada amaran ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi berkenaan.

Menurut MetMalaysia, agensi itu akan terus memantau keadaan dengan rapi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Di manakah lokasi pusat gempa bumi yang berlaku di Ranau, Sabah? 
    A: Pusat gempa bumi terletak pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur, kira-kira 14 kilometer ke selatan bandar Ranau pada kedalaman 13 kilometer.
  • Q: Apakah magnitud gempa bumi yang berlaku di Panginatan, Ranau? 
    A: Gempa bumi tersebut bermagnitud 3.5.
  • Q: Adakah terdapat amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi ini? 
    A: Tiada amaran ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi berkenaan.
  • Q: Siapakah yang mengesahkan kejadian gempa bumi ini? 
    A: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kejadian gempa bumi ini melalui satu kenyataan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh MetMalaysia selepas kejadian gempa bumi ini? 
    A: MetMalaysia akan terus memantau keadaan dengan rapi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Must Watch Video

Advertisement