Enam pendaki dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sedang mendaki Gunung Everest di Nepal, disahkan selamat berikutan kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di negara itu, awal petang tadi.
Penolong Pendaftar, Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad berkata kumpulan itu, yang terdiri daripada empat pelajar dan dua jurulatih itu, berlepas ke Kathmandu, 28 Mac lepas.
Keenam mereka dikenali sebagai Azim Afif Ishak, 27; Anis Zulaikha Zabani, 25; Jamhuri Jumari, 21; Azham Afzanizam Hamzah, 27; Farul Aidib Mahamad Yusoff, 21; dan Ahmad Sabri Abdul Razak, 24.
Azim dan Anis, pasangan suami isteri, adalah jurulatih yang menemani keempat pelajar itu.
"Saya mengetahui keadaan mereka selamat melalui Facebook Azim dan Azham.
"Mereka menyatakan keadaan di Everest Base Camp ketika ini selamat tetapi masih berkabus," kata Sabri ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Mereka turut memuat naik beberapa gambar melalui "Facebook" yang menunjukkan kemusnahan kebanyakan khemah di tempat mereka berada.
Sabri berkata kesemua mereka memulakan pendakian ke Kem Satu pada 21 April itu bagi menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di altitud lebih tinggi dan kembali semula ke Base Camp pada ketinggian 5,364 meter pada hari yang sama.
Mengikut jadual, pada 23 April mereka sekali lagi mendaki ke Kem Satu pada ketinggian 6,000 meter dan bermalam di sana dan seterusnya ke Kem 2 pada hari berikutnya.
Pada hari ini, sepatutnya mereka berada di Kem Dua tetapi disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan mereka telah kembali ke Base Camp.
Mereka dijadualkan pulang ke tanah air Jun ini.
"Pihak UTM kini sedang memantau perkembangan di sana. Kalau keadaan mengizinkan dan selamat, ekspedisi mendaki akan diteruskan tetapi kalau dinasihatkan pihak berkuasa Nepal yang keadaan tidak mengizinkan, kita akan berhubung dengan pihak kedutaan di sana. Kami mengharapkan semua berada dalam keadaan selamat," kata beliau.
Bagi pendaki Gunung Everest, kebiasaannya mereka mengambil masa lebih sebulan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar gunung sebelum melalui base camp dan empat kem yang didirikan pada ketinggian antara 5,300 meter hingga 8,850 meter sebelum sampai ke puncak.
Gempa bumi kuat yang berukuran 7.9 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 2.45 petang waktu Malaysia, sehingga telah menyebabkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.
Sementara itu, laporan berita turut melaporkan beberapa pasukan pendaki dipercayai hilang akibat avalanche besar di gunung tertinggi di dunia itu berikutan gempa bumi tersebut.
Negara jiran Nepal, India turut merasai gegaran kuat terutama di kawasan utara India susulan kejadian gempa bumi yang berpusat kira-kira 77 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu.
Bernama
Sat Apr 25 2015
UTM: Gempa bumi Nepal: Enam pendaki UTM di Nepal selamat - Foto Azim Afif
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Che Adam peragakan tenun Pahang diraja di kem induk Everest
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman memperagakan tenun Pahang diraja ketika berada di kem induk Everest (EBC).
Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.
Awang Askandar berhasrat tubuh skuad ekstrem bantu negara dilanda bencana
Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub turut menzahirkan hasrat tersebut bagi membantu negara seperti Turkiye yang dilanda gempa bumi.
Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KKIA
Jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Kampung Benoni Papar sebelum disolatkan di Masjid Jamek As Salam Benoni dan seterusnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Benoni.
Jenazah Awang Askandar selamat tiba di KLIA
Jenazah akan dibawa ke Kota Kinabalu dengan penerbangan MH2646 pukul 11.35 pagi dan dijangka tiba pada 2.15 petang.
Everest: Jenazah Awang Askandar selamat tiba di T.U Teaching Hospital, Kathmandu
Ketibaan jenazah disambut Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu Mohd Fadzle Abu Hasan bagi membantu melancarkan proses pengurusan jenazah.
Everest: Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, dijangka tiba di Malaysia Jumaat ini.
G57 harap ada majlis penghormatan khas untuk Awang Askandar
Allahyarham Awang Askandar sebagai anak jati Sabah telah membawa nama baik negeri ini bagi misi menawan Gunung Everest sehingga terkorban.
Lagi rakyat Malaysia, RJ Nagarajan berjaya tawan Everest
Seorang lagi anak Malaysia, RJ Nagarajan, 59, berjaya menawan puncak Gunung Everest pada Isnin.
Tragedi Everest: Jenazah Awang Askandar dibawa turun ke Everest Base Camp - Armizan
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang meninggal dunia pada Jumaat lalu dijangka dibawa turun dari Camp 4 ke Everest Base Camp hari ini.