awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Segamat: Kerajaan Johor nasihat rakyat jauhi struktur tidak kukuh

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2025
04:30 MYT
Gempa bumi Segamat: Kerajaan Johor nasihat rakyat jauhi struktur tidak kukuh
ONN HAFIZ: Kerajaan Negeri Johor sedang memantau keadaan ini dengan teliti bersama agensi berkaitan. Nasihat saya kepada rakyat, jauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa. -Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor menasihati orang ramai agar menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa, susulan gegaran gempa bumi lemah yang dikesan berlaku di Segamat pada jam 6.13 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Gempa bumi lemah berkekuatan 4.1 magnitud berlaku di Segamat dan dirasai di beberapa negeri termasuk Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.
  • Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan, namun kerajaan negeri dan MetMalaysia terus memantau keadaan.
  • Orang ramai dinasihatkan jauhi struktur tidak kukuh, peka dengan arahan pihak berkuasa, dan berdoa agar negeri serta negara dilindungi daripada musibah.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam satu hantaran di laman Facebook, memaklumkan bahawa beliau telah berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi, dan dimaklumkan bahawa setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.
“Kerajaan Negeri Johor sedang memantau keadaan ini dengan teliti bersama agensi berkaitan. Nasihat saya kepada rakyat, jauhi struktur-struktur tidak kukuh dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa.
“Pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan terus membuat pemantauan rapi dan mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau turut mengajak rakyat untuk sama-sama berdoa agar negeri Johor serta seluruh negara sentiasa dilindungi daripada sebarang musibah.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyarankan agar semua masjid dan surau di negeri ini menganjurkan doa selamat dan solat hajat bagi memohon perlindungan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat serta negeri Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, memaklumkan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada JAINJ untuk menyelaraskan penganjuran ibadah tersebut di seluruh daerah.
“Berikutan gempa kecil di Daerah Segamat, saya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor agar menyarankan penganjuran doa selamat dan solat hajat di masjid dan surau bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan berterusan kepada rakyat dan Negeri Johor Darul Ta’zim.
“Semoga Allah memelihara keselamatan kita semua,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan dua gegaran berasingan direkodkan pagi ini.
Gempa pertama berlaku pada jam 6.13 pagi dengan magnitud 4.1, berpusat kira-kira lima kilometer dari pusat bandar Segamat.
Gempa kedua pula berlaku pada jam 9.00 pagi di koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur, berukuran magnitud 2.8 pada kedalaman 10 kilometer, terletak 28 kilometer Barat Laut Kluang.
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini. Kerajaan Negeri Johor dan agensi berkaitan sedang memantau keadaan dengan teliti, manakala MetMalaysia akan terus mengeluarkan makluman dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Menteri Besar Johor
#onn hafiz ghazi
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan