awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Industri pusat data dijangka guna 70 peratus memori global tahun ini – WSJ
Perjanjian ART Malaysia-AS belum dikuatkuasakan - PM Anwar
Malaysia berhati-hati sokong cadangan penubuhan Jawatankuasa Keamanan Gaza - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Segamat: Penduduk cemas alami gegaran awal pagi

Bernama
Bernama
24/08/2025
03:10 MYT
Gempa bumi Segamat: Penduduk cemas alami gegaran awal pagi
Gegaran gempa bumi berukuran 4.1 yang melanda Segamat awal pagi tadi mencetuskan suasana cemas dalam kalangan penduduk, khususnya mereka yang sedang bersiap memulakan rutin harian.
JOHOR BAHRU: Gegaran gempa bumi berukuran 4.1 yang melanda Segamat awal pagi tadi mencetuskan suasana cemas dalam kalangan penduduk, khususnya mereka yang sedang bersiap memulakan rutin harian.
Kakitangan swasta Nur Hafiz Mukmin, 32, berkata, beliau terkejut apabila rumahnya di Jalan Tasek Alai tiba-tiba bergoyang sekitar 6.13 pagi, ketika sedang bersiap ke tempat kerja.
"Pada mulanya saya sangka struktur rumah hendak runtuh. Saya sangat cemas lalu bergegas mengejut anak dan memaklumkan isteri untuk segera keluar rumah.
"Namun, sebaik di luar, jiran memaklumkan ia mungkin kejadian gempa bumi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Nur Hafiz berkata, keadaan kembali tenang selepas beberapa saat, namun, anaknya masih ketakutan untuk masuk semula ke rumah berikutan pengalaman tersebut.
Suri rumah Normala Mohamed, 66, yang menetap di Kampung Jabi pula berkata, beliau merasai gegaran ketika sedang menunaikan solat Subuh apabila cermin di rumahnya bergegar dengan kuat.
"Saya terus bergegas ke dapur kerana bimbang berlaku sesuatu. Mujur rumah tidak mengalami sebarang kerosakan namun gegaran pagi tadi memang luar jangka," katanya sambil menambah gegaran itu hanya sekejap tetapi benar-benar dirasai.
Sementara itu, peniaga nasi lemak, Siti Rubiah Yasin, 52, berkata, gegaran berkenaan sedikit sebanyak menjejaskan rutin niaganya pagi ini.
"Semasa kejadian, saya dan suami berada di dapur apabila beberapa lauk yang diletakkan di atas meja kayu depan rumah jatuh, termasuk sambal kerang. Kami terpaksa mengemas terlebih dahulu sebelum keluar menjual nasi lemak pada jam 8 pagi," katanya yang tinggal di sekitar Batu Anam.
Beliau berkata, walaupun sedih kerana sebahagian lauk yang disediakan membazir, beliau reda dan bersyukur tiada kemalangan jiwa atau kerosakan serius berlaku.
Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menasihati orang ramai agar menjauhi struktur tidak kukuh dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa susulan gempa bumi lemah yang dikesan berlaku pada 6.13 pagi itu.
Beliau berkata, selepas berhubung dengan Pegawai Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi, beliau dimaklumkan, setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#gempa bumi Segamat
#gempa bumi lemah
#penduduk Segamat cemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan