awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Segamat: Polis terima tiga laporan kerosakan harta benda

Bernama
Bernama
24/08/2025
09:51 MYT
Gempa bumi Segamat: Polis terima tiga laporan kerosakan harta benda
Tiga laporan kerosakan harta benda diterima susulan gempa bumi lemah di Segamat, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. -Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis setakat ini menerima tiga laporan melibatkan kerosakan harta benda susulan gegaran gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di daerah itu pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Tiga laporan kerosakan harta benda diterima susulan gempa bumi lemah di Segamat, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
  • Gegaran pertama berlaku pada 6.13 pagi di Segamat (magnitud 4.1) dan gegaran kedua pada 9 pagi di Yong Peng, Batu Pahat (magnitud 2.8).
  • Polis dan MetMalaysia terus jalankan pemantauan, orang awam digalakkan lapor insiden dan ikuti maklumat rasmi.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Ahmad Zamry Marinsah berkata bagaimanapun tiada laporan melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa diterima.
"Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan Segamat berada dalam keadaan selamat terutama berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam," katanya dalam kenyataan.
Beliau turut menasihati orang awam agar melaporkan segera sebarang insiden kecemasan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat melalui talian hotline 07-932422.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gegaran pertama berukuran 4.1 skala Richter di Segamat berlaku pada 6.13 pagi, manakala gegaran kedua pada 9 pagi berukuran 2.8 skala Richter di kawasan Yong Peng di Batu Pahat, iaitu pada jarak 28 kilometer Barat Laut Kluang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#MetMalaysia
#Segamat
#laporan kerosakan harta benda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan