awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: Wisma Putra berjaya hubungi 12 rakyat Malaysia

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
06/02/2023
15:46 MYT
Gempa bumi Turkiye: Wisma Putra berjaya hubungi 12 rakyat Malaysia
Zambry memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, bagi membantu rakyat di sana. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Semua 12 rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa bumi di Turkiye dan sekitarnya berjaya dihubungi dan mereka kini berada dalam keadaan selamat.
Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan perkara itu ketika sidang media Misi Bantuan ke Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin malam.
Menurutnya, Wisma Putra akan terus berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan terkini.
BACA: Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
“Semua mereka dilaporkan selamat dan kita akan cuba sehabis baik untuk pergi kepada mereka. Setakat ini, komunikasi yang dibenarkan Kerajaan Turkiye adalah melalui WhatsApp, messenger (Facebook) atau melalui mesej.
“Gempa susulan dijangka berlaku, rakyat Malaysia di Turkiye dan negara jiran yang terkesan akibat gempa bumi, dinasihatkan supaya kekal berjaga-jaga.
“Pantau perkembangan semasa dan ikut nasihat daripada pihak berkuasa tempatan. Kita setakat ini juga sedang memantau keadaan termasuk negara jiran Turkiye,” katanya pada sidang media tersebut.
AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Tambah beliau, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) membabitkan 70 anggota dan empat anjing pengesan K9 dihantar ke negara berkenaan.
Selain itu, peralatan mencari dan menyelamat (SAR) turut diterbangkan bersama untuk operasi SAR.
Katanya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sudah mengarahkan penilaian dilakukan dan sekiranya perlu, akan ada pasukan bantuan tambahan dihantar ke sana.
“Kita rasa terpanggil kerana ini adalah langkah dan usaha Malaysia untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat daripada peristiwa yang berlaku, musibah dialami di mana saja mereka berada,” ujarnya.
Gempa Bumi | Angka korban meningkat lebih 500 di Turkiye, Syria
Dalam pada itu, Zambry juga memaklumkan beliau menerima banyak panggilan daripada masyarakat yang mahu sama-sama terbang ke Turkiye, membantu rakyat di sana.
“Kita telah maklumkan bahawa kita hendaklah bekerja bersama dalam memastikan misi yang kita akan lakukan ini benar-benar mencapai matlamatnya.
“Maksudnya, kita pergi ke kawasan-kawasan yang ditentukan pihak berkuasa Turkiye,” katanya.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Turkiye
#Wisma Putra
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan