Seramai 80 pelajar Malaysia di Universitas Andalas di Padang, Indonesia, kini berada dalam keadaan selamat meskipun berhadapan dengan gegaran gempa bumi kuat berukuran 7.9 magnitud yang berlaku di barat daya Sumatera pada 8.49 malam semalam.
Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia, L. Gunaseelan, 26, berkata ketika gempa melanda kawasan itu, beliau bersama beberapa rakannya sedang menikmati makan malam di sebuah restoran berdekatan.
BACA: #PrayForSumbar: 'Cukup setakat di Aceh', luah netizen Indonesia
BACA: Bomba Selangor turut terima panggilan kecemasan
BACA: Penduduk Padang panik kejadian gempa bumi
"Ini merupakan pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti ini dan ketika kejadian kami berasa panik melihat makanan di atas meja bertaburan dan jatuh ke lantai dan dalam beberapa saat pelanggan di dalam restoran itu menjerit dan lari keluar daripada bangunan restoran.
"Saya juga turut merasakan bangunan restoran setingkat itu seakan-akan bergerak ke kiri dan ke kanan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Katanya walaupun berada dalam keadaan kelam-kabut namun beliau dan rakan-rakan masih mampu bertenang dan segera kembali ke kediaman dan mengambil barang-barang penting serta bergerak ke suatu tempat berkumpul yang jauh dari kawasan pantai.
Menurut beliau, kesemua pelajar telah dimaklumkan dengan situasi yang berlaku menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan keadaan semasa serta perkara yang harus dilakukan selepas kejadian gempa.
Pada pukul 9.30 malam waktu tempatan, mereka mula berkumpul di kawasan lapang iaitu kira-kira 10km dari kawasan pantai di Padang.
Tarik balik
Stesen televisyen tempatan TVRI memaklumkan pihak berkuasa telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan susulan gempa bumi kuat itu.
"Meskipun amaran tsunami ditarik balik, kami mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyediakan bag berisi pasport dan makanan.
"Kami juga terus berada di kawasan berkenaan selama sejam sebelum kembali beredar ke kediaman masing-masing," kata Gunaseelan yang merupakan pelajar tahun kelima kursus perubatan di universiti itu.
Gunaseelan turut memaklumkan setakat ini tiada pelajar Malaysia yang mengalami kecederaan dan dari semasa ke semasa berhubung dengan kedutaan Malaysia di Indonesia bagi mengetahui situasi semasa.
Sementara itu, seorang lagi pelajar perubatan dari univerisiti yang sama, R. Shaktipriya, 21, turut merasai gegaran kuat ketika sedang berkumpul bersama rakan di sebuah kedai makan.
"Saya segera berlari ke kaki bukit berdekatan untuk mendapatkan perlindungan," katanya.
Beliau dan rakan-rakan bagaimanapun berada dalam keadaan selamat.
Bernama
Wed Mar 02 2016
Gempa bumi dengan kekuatan 7.9 magnitud melanda kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia, malam semalam. - Foto USGS
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Amaran tsunami ditarik balik selepas gempa 7.0 pada skala Richter landa California
Gempa berlaku lebih 60 batu di barat daya Ferndale, Humboldt County, manakala pusat gempa terletak 45 batu di barat daya Eureka.
Gempa bumi lemah dikesan di Tawau
Pusat gempa terletak 4.5 darjah utara dan 118.1 darjah timur dengan kedalaman 10km, iaitu sekitar 17km dari pusat bandar Tawau.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud gegar timur Indonesia
Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda perairan timur wilayah Maluku Utara, Indonesia, pada Isnin.
Lebih 10 juta rakyat California sertai simulasi gempa bumi
Lebih 10 juta penduduk California pada Khamis menyertai simulasi tahunan kesiapsiagaan gempa bumi terbesar di dunia, lapor Xinhua.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.