[GEMPAR!] Rahsia Didikan Nurul Wahab & Ajai Sehingga Anak Dapat 9A SPM Tarik Perhatian Netizen
![[GEMPAR!] Rahsia Didikan Nurul Wahab & Ajai Sehingga Anak Dapat 9A SPM Tarik Perhatian Netizen [GEMPAR!] Rahsia Didikan Nurul Wahab & Ajai Sehingga Anak Dapat 9A SPM Tarik Perhatian Netizen](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/http://intrend.com.my/getmedia/90ce2eed-57fe-48da-8c11-1c8a63844da6/ajai.jpg.aspx?width=295&height=200&ext=.jpg)
Masakan air tangan Nurul yang Ayu sukai?
Ayu suka kalau saya masakkan asam pedas dan ayam masak merah.
Nurul beri sebarang hadiah kepada Ayu untuk rai kejayaan 9A dalam SPM?
Kami bawa Ayu bercuti ke Perancis baru-baru ini dan bawa dia pusing-pusing kota Paris selama dua hari. Ada teringat juga nak berikan saja kereta Ford saya kepada Ayu. Tapi tak pasti lagi kerana papanya kata mahu belikan kereta untuk Ayu. Tengoklah nanti.
Ayu punya boyfriendkah? Pernahkah Ayu berkongsi her love crush dengan Nurul?
Oh tidak, Ayu tak pernah lagi berteman lelaki atau berboyfriend. Ayu jadi tak yakin kerana pernah lihat saya frust beberapa kali. Ya, crush itu memang ada sepertimana yang dialami gadis-gadis remaja lain. Masa itu umur Ayu tujuh tahun, dia crush dengan anak seorang personaliti TV3. Saya tak boleh beritahu siapa. Nanti Ayu marah, hahaha. Yang saya tahu, dia sekarang tengah “jatuh cinta” dengan Xiu Min, ahli Kumpulan Exo. Ayu suka lelaki Korea. Lelaki yang berwajah Oriental gitu.
Kalau Ayu rasa kecewa kerana sesuatu isu, bagaimana Nurul naikkan semula semangatnya sambil beri motivasi?
Kalau Ayu kecewa atau marah, atau apa isunya sekalipun, dia akan telefon saya. Sebagai ibu, saya akan bicara dengan Ayu. Bercakap dan menimbangkan masalah Ayu daripada segi logik dan positif. Memang semenjak Ayu kecil, saya ambil pendekatan menggunakan psikologi. Saya suka perhalusi satu-satu isu itu daripada sudut logik supaya mudah Ayu memahami dan menerimanya. Ayu punya emosi yang mendalam. Jadi saya fikir kaedah itu yang terbaik buatnya.
Perancangan melanjutkan pengajian ke peringkat universiti? Dalam Malaysia atau luar negara?
Ayu berminat untuk ke New Zealand untuk dalami bidang zoologi. Tapi namanya pun perancangan, kan? Saya ada berbincang dengan papa Ayu. Katanya, risau juga kalau anak perempuan jauh dari mata. Tengoklah juga, kalau ada rezeki biasiswa. Semoga Tuhan permudahkan urusan Ayu.
Memori Ayu sewaktu kecil yang tidak akan Nurul lupakan sampai bila-bila?
Banyak memorinya. Semenjak dia baby lagi, saya menjaganya sendiri tanpa pembantu rumah selama dua tahun. Ayu baby yang amat menyenangkan, amat baik. Kalau jatuh sakit, tak banyak ragam. Petah bercakap, bijak dan kuat bertanya. Contohnya, sewaktu dia berumur tiga tahun, dia tengok papanya bermain piano. Saya menerangkan kepada Ayu apa yang dilihatnya itu. Rupa-rupanya sepanjang malam itu dia tak tidur memikirkan tentang piano dan bagaimana papanya mencipta irama dengan ‘benda’ itu. Bangun pagi esoknya, katanya, Ayu mahu jadi seperti papa! Kami terkejut! Lalu kami dapatkan seorang guru piano untuk membimbing sampai umurnya enam tahun. Dia suka melihat, mengamati. Banyak juga memori indah sewaktu bercuti bersama ke Disneyland, Hong Kong. Dia agak terkesan dengan perpisahan kami. Namun syukur kami semua sudah move on dan bahagia dengan pilihan masing-masing.
Barangan yang kalian kongsi?
Baju dan alat solek! Ayu suka juga bergaya dan mengenakan make-up.
Boleh perincikan di sini bagaimana Ayu belajar sehingga memperolehi keputusan 9A dalam SPM?
Ayu seorang yang perfectionist. Kalau dia mahukan sesuatu, dia akan melakukannya sehabis baik. Dia juga fokus orangnya. Ayu amalkan bangun awal pagi untuk belajar. Ada masanya berjaga malam juga untuk menelaah. Kalau otaknya tepu atau rasa stress, dia selalu kata, otaknya jammed! Haha. Jadi untuk relakskan otak yang ‘jammed’, Ayu selalu rakam video di IG atau mendengar lagu.
A photo posted by MOHD FAIZAL MAAS (@ajai911) on