Esok, genap lima tahun penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang tanpa jejak di selatan Lautan Hindi dan persoalan paling penting dalam misteri penerbangan terbesar di dunia itu masih belum dijawab - di manakah anda dan apa sebenarnya yang terjadi?
Kehilangan pesawat penumpang Boeing 777 yang hilang daripada skrin radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, dengan 239 penumpang terus membelenggu fikiran pakar penerbangan, anggota keluarga, sahabat dan seluruh dunia.
Operasi pencarian pesawat itu berakhir Mei tahun lepas apabila syarikat eksplorasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000 kilometer persegi di dasar laut selama lebih tiga bulan tempoh operasi.
Sehingga kini, hanya tiga serpihan sayap, dikenali sebagai flaperon, disahkan berasal dari pesawat Penerbangan MH370.
Laporan berita menunjukkan bahawa penyiasat menemui nombor pada bahagian serpihan itu sepadan dengan nombor siri dan pengenalan yang dimiliki oleh bahagian-bahagian yang dibuat secara unik untuk Malaysia Airlines.
Serpihan sayap kanan ditemui di Saint Denis di Reunion Island pada Julai 2015, dua lagi serpihan lain ditemui di Mauritius pada Mei 2016 dan di sebuah pulau di Tanzania pada Jun 2016.
Selain itu, dilaporkan kira-kira 30 serpihan ditemui orang awam di kepulauan dan pantai Afrika di Lautan Hindi dan kebanyakannya diserahkan kepada pihak berkuasa dengan sebahagiannya disahkan sebagai 'hampir pasti' milik pesawat malang itu.
Laporan berita turut memaparkan penyiasat mendapati beberapa keping serpihan itu mempunyai nombor dan huruf stensil yang sama jenis tulisan dan warna digunakan oleh Malaysia Airlines serta beberapa bahagian dengan corak hiasan sepadan dengan Malaysia Airlines dan tidak digunakan oleh mana-mana syarikat penerbangan yang lain.
"Dengan melancarkan semula penyiasatan mungkin cara yang baik jadi kita dapat menentukan dengan lebih konkrit asal-usul 30 atau lebih serpihan bangkai pesawat dan kita dapat merancang dengan teratur lokasi di mana kepingan ini ditemui," kata seorang pakar penerbangan tempatan, Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian.
"Memplot 30 keping atau lebih serpihan bangkai itu akan merungkai corak aliran kepingan ini di lautan dan menyusunnya dengan algoritma matematik tertentu, kita mungkin dapat menentukan lokasi kemalangan," kata juruterbang ujian Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada Bernama baru-baru ini.
Pada Julai tahun lepas, Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370 dalam laporan setebal 449 muka surat, merumuskan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pesawat itu, tetapi tidak menolak kemungkinan 'campur tangan yang menyalahi undang-undang' oleh pihak ketiga telah menyebabkan kejadian itu.
Bekas pegawai penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Mohd Haniff berkata: "Satu-satunya harapan kita adalah untuk menemui dua kotak hitam: perakam suara kokpit (CVR) dengan harapan dapat menunjukkan siapa atau mungkin mengapa atau bagaimana sekiranya ada apa-apa petunjuk; dan dengan perakam data penerbangan (FDR) kita dapat tahu bagaimana (ia terjadi)".
Bekas juruterbang itu berkata mencari dua unit kotak hitam itu sahaja dilihat seperti satu keajaiban, apatah lagi mengekstrak data selepas lima tahun tenggelam enam kilometer di bawah permukaan lautan.
Ahad lepas, semasa acara Peringatan Tahunan MH370 ke-5, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) bersedia mendengar cadangan daripada mana-mana syarikat penerokaan atau pencarian dengan petunjuk yang boleh dipercayai dan mempunyai teknologi untuk memulakan semula pencarian.
Mengulas lanjut, bekas ketua juruterbang MAS Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata pencarian baharu hanya perlu dimulakan dengan pendekatan baharu kerana ia mungkin agak memakan kos yang tinggi.
Nik Ahmad Huzlan berkata pelancaran semula pencarian itu akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya pasukan penyiasatan tidak mengambil kira atau menolak kemungkinan dan senario tertentu detik terakhir penerbangan itu sebelum kehabisan minyak.
Prof Dr Mohd Harridon pula berharap situasi MH370 dikendalikan secara berterusan yang mana banyak pihak akan membantu mengurangkan tekanan emosi waris yang melaluinya.
"Situasi ini masih diselubungi misteri dan diharapkan pada masa akan datang maklumat atau metodologi baharu akan muncul untuk mengurangkan senario," katanya.
"'Good Night, Malaysian Three Seven Zero' adalah mesej radio terakhir yang dihantar dari kokpit MH370 dan ia akan terus bermain di fikiran kita serta kehilangan MH370 akan menjadi misteri penerbangan terbesar di dunia sehingga ada petunjuk baharu atau bukti utama yang ditemui," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2019
Antara lakaran dan gambar yang terdapat pada laporan penuh siasatan tragedi MH370 yang dikeluarkan Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia di Kementerian Pengangkutan, 30 Julai 2018. --fotoBERNAMA
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Genap lima tahun esok, MH370 kekal misteri yang belum terjawab
Operasi pencarian berakhir Mei tahun lepas apabila syarikat eksplorasi yang berpangkalan di AS, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat malang itu selepas melakukan pencarian lebih 112,000km persegi.