awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Genap usia 96 tahun, Tun M akan berkhidmat selagi terdaya, nasihat jaga makan

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
10/07/2021
06:55 MYT
Genap usia 96 tahun, Tun M akan berkhidmat selagi terdaya, nasihat jaga makan
Tun Dr Mahathir yang menyambut hari lahir ke-96 hari ini bersama individu tertua di Langkawi, Sepora Amin warga emas berusia 106 tahun di Pusat Pemberian Vaksin Dewan KEDA Pulau Tuba, Langkawi pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaannya untuk terus berkhidmat sedaya upaya demi rakyat meskipun usianya genap 96 tahun hari ini.
Dr Mahathir dalam masa sama turut menzahirkan kesyukuran kerana masih lagi dikurniakan nikmat sihat tubuh badan selain masih mampu memberikan sumbangan kepada rakyat Malaysia.
Berkongsi formula penjagaan kesihatan, beliau yang pernah dua kali menyandang jawatan Perdana Menteri menasihati rakyat Malaysia supaya sentiasa memberi fokus kepada penjagaan pemakanan dengan memilih menu yang sihat
"Saya bersyukur boleh berkhidmat lagi (walaupun sudah 96 tahun) dan selagi saya boleh bergerak, saya akan cuba bagi apa sumbangan yang boleh saya buat.
"Nasihat saya makan kena jaga-jaga, saya makan semua, cuma tak makan banyak… makan sikit sahaja, daging apa semua balas (makan), cuma (ada) limit.
"(Makanan berminyak) tidak makan banyak sangat, saya nak jaga tak bagi badan gemuk, kalau kita makan nasi banyak badan naik, jadi (makan) nasi sikit sahaja," kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan KEDA Pulau Tuba, di sini, hari ini.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Seberang Perak, Alor Setar pada 10 Julai 1925 menjadi individu pertama di Malaysia yang menjawat jawatan Perdana Menteri sebanyak dua kali iaitu bermula 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003 sebagai Perdana Menteri keempat serta menjadi Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.
Beliau juga menjadi individu penting dalam membawa kemenangan kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 apabila menumpaskan Barisan Nasional yang tidak pernah kalah dalam mana-mana PRU dalam tempoh 61 tahun.
Topic Berkaitan
#Tun M
#Mahathir Mohamad
#Dr Mahathir
#Genap usia 96 tahun
#Happy birthday Tun M
#selamat hari lahir Tun M
#bekas Perdan Menteri
#Kampung Seberang Perak
#Alor Setar
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan