KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore pada Selasa menyeru gencatan senjata kemanusiaan segera dilakukan di Gaza bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan.
Beliau mendesak penubuhan koridor kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyalurkan bekalan bantuan merangkumi bahan bakar, barang perubatan, alat pertolongan cemas, dan vaksin COVID-19.
"Konflik terus berlarutan setiap hari, kanak-kanak di Gaza terus menderita. Gencatan senjata amat diperlukan sekarang.
"Mereka berhak mendapat kehidupan yang sempurna jauh daripada sebarang kekerasan dan ketakutan yang sudah berlarutan sekian lama," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di New York pada Selasa.
UNICEF menganggarkan kira-kira 325,000 orang memerlukan perkhidmatan air dan sanitasi, tanpanya mereka berisiko tinggi dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.
Fore berkata bekalan elektrik di seluruh Gaza menurun sekitar 60 peratus, menjadikan hospital kian bergantung kepada generator untuk menyediakan bantuan perubatan.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak terbunuh di Gaza dan 444 lagi cedera dalam masa kurang 10 hari.
Hampir 30,000 kanak-kanak hilang tempat tinggal dan dianggarkan 250,000 lagi memerlukan perkhidmatan kesihatan, tambah kenyataan itu.
Sekurang-kurangnya empat kemudahan kesihatan dan 40 sekolah rosak.
Sebanyak 48 sekolah kebanyakannya dikendalikan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dijadikan tempat perlindungan kecemasan bagi keluarga yang lari daripada keganasan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Rakyat Palestin menggunakan air dari lori tangki untuk memadamkan kebakaran di sebuah kilang yang terkena serangan udara Israel di Rafah, Semenanjung Gaza, 18 Mei, 2021. (Foto AP)
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Amir Hamzah ketuai delegasi ke mesyuarat bersama pelabur di New York
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat bersama pelabur di New York, Amerika Syarikat dari 14 April hingga 16 April, 2024.
Gempa bumi di New York, New Jersey: Kementerian Luar giat selaras usaha
Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut) dan sejauh utara Massachusetts.
Wanita tergamak ketuk kepala ibu dengan periuk sampai mati
Seorang wanita tergamak mengetuk ibunya dengan periuk masak hingga mati dan kemudian menelefon pihak kecemasan dengan mengakui melakukan pembunuhan kejam itu.
Umat Islam di New York teruja sambut kedatangan Ramadan
Ribuan umat Islam di New York menyambut permulaan Ramadan pada Ahad, dengan berkumpul di Times Square yang simbolik.
Pemilu 2024: Biarpun jauh di New York, Cinta Laura Kiehl tidak lepas tanggungjawab mengundi
Biarpun Jauh Di New York, Cinta Laura Kiehl Tak Lepas Tanggungjawab Mengundi Sempena PEMILU 2024
Final Piala Dunia 2026 di New York
New York mengenepikan bidaan daripada Dallas untuk memastikan perlawanan final diadakan di bandar raya itu.
Apple Vision Pro mula dijual di New York
Apple Vision Pro dijual pada harga AS$3,499 atau RM16,500 dan dijual dengan storan 256 GB.
COVID-19, flu meningkat di AS ketika musim cuti, tingkat risiko kesihatan
Amerika Syarikat (AS) mengalami peningkatan kes flu dan COVID-19 di tengah-tengah musim cuti.
PBB gesa koridor kemanusiaan buat Gaza dibuka tanpa syarat
Beliau turut menyuarakan bahawa segala bentuk keganasan dan pertumbahan darah antara Palestin dan Israel ketika ini dihentikan serta merta.