GEORGE TOWN: ‘Geng Merz’ yang aktif melakukan jenayah samun kenderaan mewah di Pulau Pinang tumpas selepas polis menahan empat individu dalam beberapa siri tangkapan di negeri itu termasuk di Kedah dan Perak.
Penahanan dibuat selepas kumpulan bersenjatakan parang itu menyamun dua buah kereta mewah jenis Mercedes Benz di sebuah pusat servis kereta di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah pada 21 Oktober lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra’ais berkata, polis yang menerima laporan daripada pemilik pusat servis membuat gerakan mengesan suspek bermula pada 21 Oktober hingga 11 November lepas.
Keempat-empat suspek yang ditahan berusia 22 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah serta Teluk Intan, Perak.
Rahimi berkata, polis juga berjaya menemui semula kereta Mercedes Benz yang dicuri di Serdang, Kuala Lumpur dan Teluk Intan .
Siasatan awal polis percaya kumpulan itu menjual kenderaan mewah tersebut untuk dijual kepada pihak ketiga.
“Setakat ini kita baru mengesan (kegiatan samun)… apa pun siasatan masih dijalankan terhadap kumpulan ini. Kita juga (siasat) pada kegiatan lain yang dibuat (kumpulan samun),” kata beliau dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, pada Sabtu.
Menurut Rahimi lagi, kesemua kereta mewah yang dicuri itu adalah kepunyaan orang awam dan kegiatan jenayah itu turut dilakukan di pusat servis kenderaan berkenaan.
Rahimi berkata, ujian saringan air kencing ke atas empat suspek mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Katanya, keempat-empat suspek juga didapati mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379a Kanun Keseksaan.
Dalam masa sama, Rahimi berkata, selain kes samun, polis Perak turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan selepas salah seorang suspek bertindak melanggar kereta polis sewaktu cubaan melarikan diri daripada di tangkap dalam kejadian Teluk Intan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Nov 13 2021
Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Raais (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan rampasan termasuk senjata api daripada suspek kumpulan jenayah 'Geng Merz' dalam sidang media di IPK Pulau Pinang pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
[TERKINI] Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Kerajaan Arab Saudi berkaitan urusan hal ehwal umat Islam, termasuk konflik Palestin-Israel.
Konflik, bencana alam paksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Ethiopia Utara - PBB
Konflik dan bencana alam telah memaksa lebih 4.1 juta kanak-kanak tidak bersekolah di Wilayah Amhara Ethiopia.
Pantau Belanjawan: Keperluan reformasi segera sistem pendidikan Malaysia
Pensyarah Sekolah Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Halim Abdullah membincangkan keperluan rombakan sistem pendidikan negara selepas Bank Dunia melaporkan hanya 58% pelajar mahir membaca pada usia darjah 5.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
'Geng Merz' samun kereta mewah tumpas
Keempat-empat suspek yang ditahan berusia 22 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah serta Teluk Intan, Perak.