GeoAttendance bukti keupayaan digital UPSI, raih emas di ICQCC Taiwan

Pasukan i-RAY dari UPSI bergambar kenangan pada 50th International Convention on Quality Control Circles di TICC, Taiwan. - Foto UPSI
TANJUNG MALIM: Projek inovatif GeoAttendance melayakkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraih Anugerah Emas (Gold Award) pada 50th International Convention on Quality Control Circles (ICQCC 2025) di Taiwan baru-baru ini.
Ringkasan AI
- UPSI menang Anugerah Emas di ICQCC 2025 dengan projek GeoAttendance, hasil pasukan i-RAY dari Pusat ICT.
- Sistem merekod kehadiran staf dan aktiviti rasmi secara langsung melalui aplikasi mobil berasaskan GPS.
- GeoAttendance tingkatkan kecekapan pentadbiran dan produktiviti, menggantikan kaedah kad pintar dan kod QR.
"Ia mencerminkan komitmen universiti dalam menjunjung nilai kecemerlangan serta memperkukuh budaya kerja berasaskan kualiti dan inovasi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sementara itu, Pengarah Pusat ICT UPSI, Ts. Megat Azrin Ahmad berkata, sistem itu mengintegrasi aplikasi mobil bagi merekod kehadiran harian dan aktiviti dalam universiti secara Global Positioning System (GPS).
Di mana data kehadiran akan terus dimuat naik ke dalam pangkalan data utama universiti.
"Projek GeoAttendance ialah hasil kreativiti dan kecekapan pasukan ICT UPSI dalam menyelesaikan cabaran sebenar pengurusan kehadiran staf.
"Sistem ini efisien untuk pengurusan kehadiran harian ke pejabat dan aktiviti rasmi universiti menggunakan aplikasi mobil susulan diintegrasi dengan teknologi GPS.
"Ia membuka ruang kepada lebih banyak pembangunan inovasi digital yang menyokong keberkesanan sistem pentadbiran dan meningkatkan produktiviti," katanya.
Pengurus pasukan i-RAY, Nurul Fadzillah Sapengin pula berkata, pengiktirafan di pentas antarabangsa itu merupakan hasil usaha berpasukan dan sokongan berterusan daripada pengurusan universiti.
ICQCC yang turut digelar Olympics of Quality merupakan konvensyen tahunan berprestij yang menghimpunkan pasukan peningkatan kualiti dari lebih 13 negara termasuk Jepun, Korea, China, Singapura, Thailand, Malaysia dan India.
Edisi ke-50 tahun ini dianjurkan oleh Association of Pioneer Quality Control Research (PQCRA), Taiwan dengan sokongan Malaysia Productivity Corporation (MPC) mewakili Malaysia.
Delegasi UPSI diketuai Nurul Fadzillah Sapengin bersama-sama ahli pasukan terdiri daripada Ts. Abdul Mueiz Rosli (Ketua Kumpulan), Mohammad Firdaus Zainun, Norhayaty Abdul Rahaman, Suhaila Abusairi, Prabu Tharmalingam, Nur Syafinaz Azmi dan Khairul Ikmal Ishak.
Penggunaan GeoAttendance merupakan alternatif bagi menggantikan kaedah merekod kehadiran harian menggunakan kad pintar dan kod QR sebelum ini.
Setiap pentadbir program boleh mengaplikasi GeoAttendance bagi merekod kehadiran aktiviti atau program universiti menerusi aplikasi mobil universiti iaitu Quick And Response Integrated System (MYQRIS).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


