Parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) dicadang supaya membuka keahlian kepada semua kaum.

Cadangan tersebut dilontarkan oleh Parti Gerakan, iaitu salah satu parti komponen dalam BN.

Gerakan melihat keahlian terbuka itu berupaya mengembalikan sokongan rakyat kepada parti Barisan Nasional sebagai parti pemerintah.

Pemangku Pengerusi Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata ia juga dapat mendekatkan BN dengan pengundi bandar dan pengundi muda yang disifatkan tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.

Jelasnya lagi, pembukaan terus individu sebagai ahli BN bakal memberikan kemenangan yang lebih besar pilihan raya umum akan datang.

Ini diperkukuhkan lagi dengan transformasi digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tadbir urus kerajaan.

Mengenai keputusan PRU-13, Gerakan akan mengadakan mesyurat berterusan dengan mengkaji pelbagai aspek.

Pada pilihan raya umum lalu Bn menang majoriti tipis iaitu 133 dari 222 kerusi Parlimen. Umno menjadi penyumbang terbesar dengan 88 kerusi.