KUALA LUMPUR: Gerakan koperasi adalah sebuah agenda ekonomi rakyat yang jelas serta agenda reformasi yang perlu disokong dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata gerakan koperasi adalah cara untuk "merakyatkan" ekonomi negara dan mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada kejayaan pelabur dan syarikat besar.
"Sementara kita berbicara soal ekonomi MADANI, kita tahu pertumbuhan pelaburan besar domestik dan luar negara dan kekuatan ekonomi negara bergantung kepada kekuatan institusi dan syarikat besar.
Tetapi bagi pencinta kemajuan reformasi, dia tahu bahawa semua kejayaan ekonomi harus dirakyatkan... melalui idea yang sudah begitu berakar di negara kita iaitu dengan gerakan koperasi," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Koperasi Keadilan (KIRA), di sini hari ini.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata gerakan koperasi juga adalah antara langkah parti itu sebagai sebuah parti politik matang untuk tidak meneruskan amalan politik terdahulu yang memunggah kekayaan apabila berada di tampuk kuasa, demi kepentingan pemimpin dan parti.
"Ini adalah satu inisiatif penting dan parti ini harus sedar bahawa politik bukan hanya kuasa atau kepentingan peribadi, ia adalah mengenai usaha untuk mendedikasikan diri kita kepada agenda reformasi dalam pelbagai perkara. Alhamdulillah setakat ini, kita agak berjaya melakukannya.
Kesemua pimpinan parti tanpa kekecualian, perlu menunjukkan komitmen untuk menyokong agenda reformasi. Saya akan pantau siapa yang tidak membantu menjayakannya," kata Anwar.
Sementara itu, Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata koperasi itu dijangka akan melancarkan kedai runcit dan pusat asuhan kanak-kanak pada suku pertama tahun hadapan.
"KIRA membantu Keadilan (PKR) membuka ruang yang baharu untuk anggota terus berkhidmat kepada masyarakat bukan sahaja sebagai entiti politik tetapi juga sebagai satu syarikat sosial," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi ucapan ketika hadir pada majlis makan malam koperasi Keadilan Berhad di sebuah hotel di ibu negara malam ini. - Foto BERNAMA
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perolehan gerakan koperasi cecah RM64 bilion, capai sasaran dua tahun lebih awal - Ewon
Gerakan koperasi mencatatkan perolehan mencecah RM64 bilion pada tahun lepas, melebihi sasaran RM60 bilion yang ditetapkan pada 2025 dalam Dasar Koperasi Malaysia 2030.
ANGKASA anjur Kongres Koperasi Kebangsaan selepas 55 tahun
Selepas kali terakhir diadakan pada 1969, Kongres Koperasi Kebangsaan akan kembali dianjurkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) buat kali ketiga pada 23 Jun ini.
Gerakan koperasi adalah agenda ekonomi rakyat yang perlu disokong, diperkasakan - PM Anwar
Gerakan koperasi adalah sebuah agenda ekonomi rakyat yang jelas serta agenda reformasi yang perlu disokong dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gerakan koperasi perlu berani terokai teknologi hijau
Gerakan koperasi di negara ini perlu mengambil langkah berani dalam menerokai teknologi hijau seiring dengan peralihan minat masyarakat dunia ketika ini.
TransKoM 2021-2025 pemacu pembangunan koperasi - Perdana Menteri
Muhyiddin Yassin berkata pelan itu dapat memacu pembangunan koperasi yang lebih progresif dan berdaya saing sekali gus memberi manfaat kepada sosioekonomi rakyat.