Gerakan untuk menyingkirkan Menteri Besar (MB) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diterajui pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat menjadi 'senjata makan tuan' dan berpotensi menghancurkan Pakatan Rakyat (PR).
Penganalisis politik berkata krisis MB Selangor itu membawa implikasi kepada PR seluruh negara, kerana ia menunjukkan sikap sebenar pucuk pimpinan dan nilai ketelusan sebuah parti dalam mencapai matlamat yang diinginkan.
Apakah kegagalan PR mencapai persetujuan dalam isu MB Selangor dengan keengganan PAS bersetuju dengan rakan sekutunya bakal menjadi punca kepada perpecahan PR seperti yang berlaku pada Barisan Alternatif pada 2001 kerana bantahan PKR dan DAP dalam isu hudud?
Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Ahmad Tarmizi Talib berkata PR tidak lagi layak mengatakan mereka adalah pemerintah Selangor, ekoran tidak boleh mencapai persetujuan dalam pemilihan ketua.
Tambah beliau PKR tersalah langkah dalam permainan mereka, kerana lawan yang dipilih adalah Abdul Khalid, individu berprinsip yang memberi keutamaan kepada rakyat tanpa mengira 'siapa yang sedang bermain atau menggerakkan buah catur' di hadapannya.
"Saya melihat niat utama Abdul Khalid bukan untuk mempertahankan kerusi MB, namun lebih utama beliau menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia bagaimana tahap ketelusan yang ada di dalam PR, khususnya di dalam PKR," katanya kepada Bernama hari ini.
Ahmad Tarmizi menambah kesilapan yang dilakukan adalah memandang rendah kemampuan Abdul Khalid dalam bidang politik memandangkan beliau lebih ke hadapan sebagai tokoh pentabiran dan pengurusan, ekoran latar belakangnya sebagai tokoh korporat.
"Abdul Khalid tak banyak bermain politik. Tapi beliau lebih kepada rakyat. Beliau tak perlu mengharapkan gaji MB kerana sudah tentu tidak setimpal dengan beban kerja. Jika wang ringgit yang menjadi keutamaan lebih baik beliau kekal dengan dunia korporatnya," katanya.
Pendapat sama diutarakan oleh Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Attory Hussain melihat PAS walaupun tidak menyatakan secara terbuka, isu Abdul Khalid menyebabkan parti itu kini berada dalam kedudukan 50-50 dalam pertaliannya dengan PR.
Justeru, PAS sewajarnya memikirkan adakah mereka masih mahu berkolaborasi dalam gabungan itu, kerana menurut Attory, jalan terbaik adalah untuk parti itu kembali berdiri sendiri.
"Dalam kemelut MB, Umno menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid, dan jika Abdul Khalid memilih untuk menyertai PAS (beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan ini), adakah sokongan Umno masih utuh jika PAS masih bersama PR?
"Ini perkara yang perlu dilihat kerana darjah perbalahan antara Umno dan PAS tidak sehangat Umno dan PKR, yang banyak dianggotai oleh bekas anggota Umno," katanya.
Attory berkata figura bernama Abdul Khalid itu boleh melahirkan dimensi politik baharu yang lebih positif, berpendirian dan berpegang kepada kebenaran.
"Ini x-factor Abdul Khalid. Saya fikir tidak ada masalah untuk beliau menyertai parti lain sama ada PAS, malah Umno juga pasti berbesar hati untuk menerimanya, walaupun saya berpendapat beliau berat ke arah PAS," katanya.
Sementara itu Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata Abdul Khalid kini perlu menimbangkan setiap implikasi yang boleh berlaku apabila menyertai sesebuah parti politik.
"Jika beliau memilih untuk menyertai PAS, sudah tentu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada PKR yang cuba menyingkirkannya dan DAP yang menyokong gerakan itu. Jadi adakah PAS masih mahu bersama PR jika itu berlaku?," soalnya.
Bernama
Tue Aug 12 2014
Gerakan singkir Khalid jadi senjata makan tuan bagi Pakatan?
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Saya masih dikurniakan umur yang panjang - Abdul Khalid
Abdul Khalid memuat naik hantaran tersebut menerusi akaun Facebooknya pagi tadi setelah keluarga dan pegawainya banyak menerima mesej kononnya beliau telah meninggal dunia.
Krisis air: Rakyat diutamakan, bukan pemilik konsesi, pengilang haram - Khalid Ibrahim
Pesanan itu disuarakan menerusi satu ciapan di laman Twitter beliau yang menyentuh isu air di negeri berkenaan yang kerap dibincangkan beberapa hari ini.
Azmin dilantik menteri kanan
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang merupakan salah seorang pemain utama dalam pengaturan semula politik tempatan baru-baru ini kembali semula menyertai kabinet sebagai menteri kanan.
'Saya lahir di Perak bukan Singapura, sudah sudahlah meroyan!' - Farhash Wafa
Selepas ucapan berapi yang disampaikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
Setiap janji manifesto pilihan raya perlu dipenuhi tanpa banyak alasan
Sekiranya manifesto pilihan raya diikat dengan kuasa undang-undang, setiap ahli politik serta parti politik akan lebih mengambil serius terhadap manifesto pilihan raya mereka.
Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil tindakan sewajarnya berhubung penutupan sementara itu.
Wang khairat kematian: MB Selangor akan umum manfaat lain - Halimey
Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari akan mengumumkan manfaat lain untuk menggantikan pemberian wang khairat kematian kepada rakyat.
Cadangan wajibkan suntikan vaksin dibentang 8 Mei ini - Dr Dzulkefly
Kewajipan imunisasi adalah pilihan untuk memastikan anak-anak dapat dilindungi dan mencapai imuniti kelompok sehingga 97 peratus penerimaan ibu bapa.