awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM

Sinar Harian
Sinar Harian
08/05/2019
23:49 MYT
Isu klinik ditutup angkara makhluk halus dibawa ke KKM
Klinik Desa Gesir Tengah ditutup sementara selepas gangguan makhluk halus berlarutan sejak 2007. -Foto Sinar Harian
Penutupan sementara Klinik Desa Gesir Tengah sejak seminggu lalu dipercayai akibat gangguan makhluk halus telah dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengambil tindakan sewajarnya berhubung penutupan sementara itu.
Menurutnya, perkara tersebut diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM untuk tindakan lanjut.
"Kita ambil maklum perkara ini dan sudah membawanya kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM.
"JKNS juga sedang giat menjalankan tindakan berkaitan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan Klinik Desa Gesir Tengah ditutup sementara selepas gangguan makhluk halus berlarutan sejak 2007.
Dua jururawat masyarakat yang bertugas dihantui beberapa gangguan mistik termasuk jelmaan lembaga hitam berupa perempuan tua.
Meskipun kejadian berlaku pada waktu siang namun mendatangkan trauma kepada jururawat sehingga terpaksa menunggu pesakit di pondok di luar klinik.
Bagaimanapun, gangguan hanya membabitkan kawasan dalam bangunan klinik berikutan penduduk dan pekerja bengkel motosikal berdekatan klinik terbabit tidak mengalami sebarang gangguan aneh.
Topic Berkaitan
#gangguan
#jabatan kesihatan
#JKNS
#jururawat
#Kementerian Kesihatan
#Khalid Ibrahim
#KKM
#klinik
#Klinik Desa Gesir Tengah
#makhluk halus
#mistik
#trauma
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan