PUTRAJAYA: Fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku di benua Antartika dan Amerika Selatan pada Ahad ini boleh disaksikan melalui saluran Youtube dan Facebook Planetarium Negara bermula 2.30 pagi, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Gerhana matahari separa iaitu kejadian gerhana pertama dalam tahun ini dijangka berlaku mulai 2.45 hingga 6.37 pagi.
Fenomena itu tidak dapat disaksikan secara terus dari mana-mana lokasi di Malaysia, menurut kenyataan MOSTI hari ini.
MOSTI menerusi Planetarium Negara akan membuat penstriman langsung bagi membawakan imej-imej gerhana itu secara langsung dari benua Antartika dan Amerika Selatan serta imej dari teleskop-teleskop berdekatan kawasan kejadian.
"Siaran langsung ini akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa pada kali ini kerana ia tidak dapat disaksikan secara terus dari mana-mana lokasi di Malaysia," katanya.
Fenomena gerhana itu akan dimulakan dengan fasa separa pada 2.45 pagi waktu Malaysia dan mencapai litupan maksimum pada 4.41 pagi waktu Malaysia dengan peratus litupan matahari maksimum mencecah sehingga 64 peratus bergantung kepada lokasi pencerapan dan gerhana matahari separa ini dijangka berakhir pada 6.37 pagi waktu Malaysia.
MOSTI berkata lokasi paling awal dapat menyaksikan fenomena gerhana matahari separa itu adalah di kawasan Lautan Pasifik diikuti dengan sebahagian benua Antartika sebelum berakhir di benua Amerika Selatan dan sebahagian Lautan Atlantik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 29 2022
Gerhana matahari separa iaitu kejadian gerhana pertama dalam tahun ini dijangka berlaku mulai 2.45 hingga 6.37 pagi. - Gambar hiasan
Malaysia gesa tindakan tegas akhiri ketegangan Asia Barat dicetus Israel - Mohamad
Malaysia menggesa tindakan lebih tegas dalam menyelesaikan ketegangan di Asia Barat yang berpunca daripada pendudukan haram Israel di Palestin.
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
AWANI Ringkas: Media Malaysia tidak bincang isu sensitif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Indeks Kebebasan Media: Tidak wajar guna acuan mana-mana negara - Ahmad Zahid
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) tidak seharusnya menggunakan acuan mana-mana negara sebagai piawaian.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
Umat Islam di Perak disaran solat sunat gerhana Khamis ini
Seluruh umat Islam di negeri Perak disaran melaksanakan solat sunat gerhana bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad sempena Gerhana Matahari Separa yang dijangka berlaku di Perak, Khamis ini.