awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa kementerian dalam radar SPRM berkaitan isu perolehan - Azam
Saluran aduan rasmi Majlis Media Malaysia kini dibuka
Tan Sri antara dua ditahan kes penipuan pelaburan lebih RM300 juta - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ghazale Muhamad: Jangan politikkan pembukaan Jonker Walk

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2013
11:45 MYT
Ghazale Muhamad: Jangan politikkan pembukaan Jonker Walk
Jangan sesekali cuba mempolitikkan atau mewujudkan masalah perkauman berkaitan isu pembukaan Jalan Hang Jebat di Jonker Walk, Banda Hilir, kata Timbalan Exco Pelancongan, Pantai, Sungai Dan Pulau-Pulau, Datuk Ghazale Muhamad.
Beliau berkata peniaga-peniaga di kawasan itu perlu memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan kemelut kesesakan di bandar khasnya pada hujung minggu.
Katanya, dengan memberikan kesempatan kepada kerajaan negeri untuk membuat kajian berkaitan masalah kesesakan yang kemungkinan berpunca daripada penutupan jalan itu.
“Kerajaan negeri akan sedia bertemu sesiapa sahaja beri pandangan .Kerajaan negeri tengok dalam tempoh empat minggu. Berikan kerajaan negeri kesempatan untuk membuat kajian yang lebih sebab samada kesesakan berlaku sumbang penutupan Jonker Walk.”
Katanya, tindakan kerajaan itu adalah hasil pandangan orang ramai khususnya pelancong yang seringkali merungut terpaksa berdepan dengan kesesakan berpanjangan untuk ke bandar.
Manakala, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menempatkan peniaga di beberapa lorong kawasan sekitar yang dilengkapi bumbung sekali gus membenarkan mereka berniaga setiap hari.
Beliau turut melahirkan kekesalan apabila ada pihak mengambil kesempatan menghalang usaha kerajaan yang bertentangan dengan undang-undang.
Terdahulu, orang ramai khususnya peniaga berhimpun beramai-ramai membantah usaha kerajaan rentetan masalah salah faham yang mengatakan kerajaan mahu menutup perniagaan mereka, semalam.
Jalan yang ditutup bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap Jumaat hingga ahad sejak 13 tahun itu menempatkan kira-kira 300 peniaga yang rata-ratanya menjual cenderamata.
Topic Berkaitan
#Ghazale Muhamad
#Jonker Walk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan