Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) berharap Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman, untuk memastikan pengurusan yang lebih berkesan terhadap aduan awam dapat dibentang di Parlimen selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata pihaknya bersama Biro Pengaduan Awam (BPA) kini sedang dalam rangka kerja menyediakan RUU itu untuk dibawa kepada jemaah menteri.
"Kami telah berbincang untuk memorandum jemaah menteri dibuat dengan RUU untuk dibentang dalam mesyuarat Kabinet...kami sedang berusaha untuk memastikan ia (dibentangkan di Parlimen) menjelang akhir tahun ini, itulah harapan kami," katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC) di sini, Khamis malam.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Sept tahun lepas dilapor berkata Akta Ombudsman akan digubal bagi menukar fungsi BPA kepada Ombudsman Malaysia untuk memastikan pengurusan aduan awam di negara ini lebih berkesan.
Anis Yusal berkata penubuhan badan bebas itu berupaya mewujudkan satu ekosistem selamat dan terjamin bagi rakyat membuat aduan berkaitan agensi kerajaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata Ombudsman Malaysia akan berfungsi sebagai peringkat kedua, dengan orang awam boleh memanjangkan aduan kepada badan itu sekiranya aduan menerusi peringkat pertama di agensi kerajaan terlibat, tidak berhasil.
"Pengadu boleh mengadu kepada Ombudsman Malaysia, dan badan ini akan menyiasat kenapa agensi kerajaan terlibat tidak mengambil tindakan wajar, jadi rakyat mempunyai tempat lain untuk membuat aduan," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Apr 18 2019
ANIS: Kami sedang berusaha untuk memastikan ia (dibentangkan di Parlimen) menjelang akhir tahun ini.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Larangan rentas daerah rujuk sempadan pentadbiran pegawai daerah, bukan PDRM - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengakui wujud kekeliruan mengenai perkara itu apabila terdapat aduan orang awam dikenakan kompaun kerana rentas sempadan PDRM.
Harimau belang ditangkap di Dungun, Perhilitan temui kecederaan akibat ditembak
Usaha mengesan harimau berkenaan dilancarkan selepas menerima aduan daripada orang awam yang menyedari kehadirannya di kawasan itu pada petang Ahad.
GIACC harap RUU Ombudsman dibentang di Parlimen menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-Undang itu bagi memastikan pengurusan yang lebih berkesan terhadap aduan awam.
Tiada sesiapa terkecuali daripada undang-undang - Dr Mahathir
Perdana Menteri menulis di bawah tajuk Rule of Law, merujuk kepada, katanya, beberapa pelanggaran undang-undang telah dilakukan tanpa tindakan diambil oleh agensi penguatkuasaan.
Gempa Sumatera, Indonesia: Bomba Selangor turut terima panggilan kecemasan
Laporan pertama diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7 Petaling Jaya yang menerima laporan gegaran di Flat PKNS.