awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GiatMARA Pasir Salak akan dipindahkan ke lokasi baharu - TPM Zahid

Bernama
Bernama
17/08/2025
06:35 MYT
GiatMARA Pasir Salak akan dipindahkan ke lokasi baharu - TPM Zahid
Ahmad Zahid berkata pemindahan itu dibuat memandangkan pusat berkenaan kini masih menyewa di bangunan lama di Pulau Tiga, Kampung Gajah. - Gambar fail/Bernama
PASIR SALAK: Pusat GiatMARA Pasir Salak akan dipindahkan ke lokasi baharu di kawasan bengkel kejuruteraan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak, Ulu Dedap di sini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ringkasan AI
  • Pusat GiatMARA Pasir Salak akan dipindahkan ke lokasi baharu di bengkel kejuruteraan IADA Seberang Perak, menggantikan bangunan lama yang disewa di Pulau Tiga.
  • Kursus baharu yang relevan dengan pasaran, termasuk baik pulih mesin pertanian, akan ditawarkan di lokasi baharu tersebut.
  • MARA akan mengusahakan pembinaan bangunan komersial di Changkat Lada dan padang bola berpagar dengan rumput sintetik sebagai permulaan kompleks sukan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pemindahan itu dibuat memandangkan pusat berkenaan kini masih menyewa di bangunan lama di Pulau Tiga, Kampung Gajah.
"Saya bersetuju untuk memindahkan GiatMARA Pasir Salak ke kawasan baharu dengan (menawarkan) kursus-kursus yang baik dan relevan mengikut permintaan pasaran termasuk kursus baik pulih mesin pertanian," katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih Interim 1/2025 Projek-Projek Peserta Felcra Berhad di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang serta Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Gajah Khairul Azwan Harun.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan mengusahakan peruntukan untuk pembinaan bangunan perniagaan komersial di Changkat Lada, Seberang Perak.
"Begitu juga ada permintaan pembinaan kompleks sukan, untuk permulaan saya bersetuju supaya padang bola berpagar dengan rumput sintetik akan saya usahakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat GiatMARA
#Ahmad Zahid Hamidi
#dipindahkan ke lokasi baharu
#Pasir Salak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan