KUALA LUMPUR: Global Indian Festival 2024 (GIF 2024) yang dianjurkan buat kali ke-19 menyasarkan seramai 150,000 pengunjung.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Agenda Suria Communication Sdn Bhd selaku penganjur karnival Jaggarao Simancha berkata pameran yang bermula dari Rabu hingga Ahad ini bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk mempromosikan budaya India di rantau ini.
"Jika kita lihat pameran ini, sejak tahun 2003, purata kehadiran pengunjung lebih kurang lima juta orang, manakala jumlah peniaga mencapai 3,000 orang. Malah, festival ini bukan sahaja menarik minat masyarakat India tetapi juga Melayu, Cina dan pelancong asing.
"Pameran ini bukan sahaja bertujuan mempamerkan kebudayaan masyarakat India (seperti pakaian, makanan dan tarian) tetapi juga menyediakan platform bagi peniaga-peniaga daripada pelbagai latar belakang, termasuk masyarakat India dan bangsa lain untuk mencari rezeki," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian GIF 2024 yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Klang V.Ganabatirau di sebuah pusat membeli-belah di sini pada Khamis.
Pada festival tahun ini, selain menyediakan pelbagai aktiviti menarik acara kali ini juga menyaksikan penyertaan lebih 120 vendor yang menawarkan pelbagai jenis pakaian dan aneka makanan.
Bagi Ismail Khan Ahmad Khan, 69, dia teruja dapat mengunjungi festival ini kerana selain barang-barang dijual dengan harga yang murah ia juga mempunyai keunikan tersendiri.
"Saya memang setiap tahun datang ke pameran ini. Kalau kita lihat barang-barang yang dijual ini murah dan rekaan pakaian mereka unik dan bertukar setiap tahun.
"Dalam masa yang sama, saya juga dapat mengenali budaya masyarakat India dengan lebih dekat," katanya.
Sementara itu bagi wanita warganegara India, Nisha Tated, 49, beliau mengakui pameran seperti ini sedikit sebanyak mengubat kerinduannya kepada negara kelahirannya.
"Saya berasa seperti berada di Little India apabila datang ke festival ini. Saya melihat banyak masyarakat India, makanan seperti panipuri dan manisan yang serupa dengan di India. Saya menyukainya," katanya yang bekerja sebagai guru bahasa Hindi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024
Ganabatirau (tengah) merasmikan Global Indian Festival 2024, yang diharap menarik minat masyarakat India tetapi juga Melayu, Cina dan pelancong asing. - Foto BERNAMA
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen insurans didakwa merompak, cederakan mangsa
Seorang ejen insurans didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini kerana merompak dan mencederakan seorang lelaki di Kepong, dua bulan lalu.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
Tertuduh, Mohammad Hasbullah Mustafa Kamal, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Hamidah Mohamed Deril.
PM Anwar jamin tindakan tegas terhadap pelampau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap gerombolan pelampau yang mahu mengeruhkan keadaan dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
GIF2024 sasar 150,000 pengunjung
Pameran yang bermula dari Rabu hingga Ahad ini bertujuan menjadikan Malaysia sebagai hab untuk mempromosikan budaya India di rantau ini.
MAICCI mahu isu peniaga asing di karnival diselesaikan
Presidennya Datuk N. Gobalakrishnan berkata isu yang telah berlanjutan sejak 10 tahun lalu itu berleluasa tanpa sebarang tindakan.