PANDEMIK COVID-19 yang melanda seluruh negara kini menguji semua pihak, khususnya mereka yang mencari nafkah dengan hanya bergantung pada keuntungan atau jualan harian semata-mata.
Antara yang terjejas teruk ialah peniaga pasar malam dan gerai serta penjaja.
Sedar tak sedar, wabak ini menuntut mereka untuk bertindak secara kreatif demi kelangsungan hidup dalam suasana norma baharu.
Bagi Rosidah Ahmad, peniaga pakaian terpakai atau 'bundle' ini mengetepikan jurang usia dan mula berjinak dengan jualan secara dalam talian.
Walaupun dirinya serba kekurangan dalam memahami apatah lagi menggunakan teknologi terkini, Mak tampil dalam siaran langsung Facebook untuk menjual barang-barangnya.
Kegigihan wanita ini berjaya mencuri hati ramai warga maya susulan sanggup bersiaran langsung hingga jam 3 pagi.
Bagi Norazman Md Nor, dia kagum dengan semangat yang ditunjukkan insan yang mesra disapanya sebagai "Mak".
"Mak ni live time-time macam ni (3 pagi), jual baju bundle. Semua sehelai RM1.
"Daripada view tiga keempat orang tiba-tiba mendadak naik view sampai 170.
"Ada dua orang hamba Allah ini terbuka hati nak 'kunci' 100 dan 50 helai baju bundle mak.
"Mak jadi serba salah dengan penonton, risau yang tak dapat, marah dan tak puas hati (tapi) ramai yang cakap patut mak ambil (pembelian) serta habiskan (jualan) supaya dapat rehat awal," kata warga maya itu.
Kata Norazman Md Nor lagi, individu yang 'kunci' 100 dan 50 helai itu bagaimanapun tidak mahu baju-baju bundle tersebut.
Sebaliknya meminta supaya mak ambil wang pemberian mereka dan menjual semula pembelian tersebut kepada orang lain.
"Mak cakap tak nak, dia cakap tak elok, jadi mak nak sedekahkan baju-baju itu di tempat yang memerlukan (supaya) mengalir pahala itu.
"Orang cuba nak senangkan mak supaya dapat rehat awal, (tapi) mak jadi asbab untuk orang lain buat pahala dan bersedekah," katanya.
Dalam catatan yang sama jelas lelaki berkenaan, sikap Rosidah Ahmad itu turut menyebabkan beberapa warga maya meninjau akaun Facebook wanita yang berasal dari Pulau Pinang tersebut dan mendapati dia membuat nasi lemak untuk sedekah di masjid serta surau.
"Ramai yang pakat suruh mak buat sampai RM1,000 untuk sedekah.
"Siapa yang dapat join live mesti menangis macam aku," tulisnya lagi.
Rata-rata warga maya menulis komen positif di akaun wanita berusia itu dan ada juga yang menyatakan rindu kepada ibu masing-masing selepas melihat "Mak" Rosidah Ahmad.
"Ya semalam tengok live mak ni, dan sempat jugak suruh suami masukkan RM100 tapi kami tak ambil baju pun.
"Minta mak jual balik (sebab) niat nak bantu mak. Cukup mak doakan kami ada zuriat.
"Semoga mak dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik baik.
"Ala, tiba-tiba rindu mak kita. Mak, adik rindu mak," kata Pija Majid.
Video siaran langsung "Mak" Rosidah Ahmad kini tular di media sosial dan bilangan rakannya di Facebook pula sudah mencecah 5,000 orang.
Farhana Joni
Tue Mar 09 2021
Kegigihan wanita ini berjaya mencuri hati ramai warga maya susulan sanggup bersiaran langsung hingga jam 3 pagi. -Gambar FB \ Norazman Md Nor
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Gigih niaga sampai 3 pagi, 'Mak' Rosidah Ahmad menangis jualan habis diborong
Kegigihan wanita ini berjaya mencuri hati ramai warga maya susulan sanggup bersiaran langsung hingga jam 3 pagi.