Skip to main content

Sukan

Akibat aksi 'kung fu', karier bintang Piala Dunia Indonesia lesap tiga tahun

Padah makes a tackle. The career of the young Indonesian linebacker is on the verge of collapse.  Former Indonesian Under-17 World Cup player, Fadly Alberto Henga, has been suspended from all football activities by the All-Indonesian Football Association (PSSI) with immediate effect.
Henga melakukan aksi tendangan ala 'kung fu' terhadap seorang pemain B-20 Dewa United dalam satu perlawanan Elite Pro Academy. - Stadium Astro

PADAH melakukan terjahan. Karier pelapis muda Indonesia diambang kejatuhan.

Bekas pemain Piala Dunia bawah 17 tahun (B-17) Indonesia, Fadly Alberto Henga, digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak oleh Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

Ia, selepas melakukan aksi tendangan ala 'kung fu' terhadap seorang pemain B-20 Dewa United dalam satu perlawanan Elite Pro Academy bulan lalu.

Beberapa insiden terajang dan tumbuk menumbuk berlaku melibatkan beberapa pemain lain.

 Sekurang-kurangnya tiga pemain Bhayangkara terlibat, termasuk Ahmad Catur Praseyo Aji dan Aqilah Lissunnah Aljundi turut berbuat perkara sama melakukan terjahan keras.

Ia, jelas mencerminkan tahap kematangan pemain muda negara itu tidak mencapai standard profesionalisme dan merugikan pasukan. -- Stadium Astro

 

 

Must Watch Video