awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak

Bernama
Bernama
02/01/2025
06:45 MYT
GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penyelarasan itu perlu memandangkan masih ada anak-anak berada di rumah selamat JKM. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) dan masih berada di rumah selamat di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata penyelarasan itu perlu memandangkan masih ada anak-anak berada di rumah selamat JKM.
"Kita akan selaraskan semula pendidikan mereka (anak-anak) mengikut umur dan kesesuaian mereka untuk mengikuti pendidikan arus perdana di sekolah-sekolah KPM," katanya dalam sidang media mengenai pengoperasian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya perkembangan pendidikan anak-anak GISB yang diselia oleh KPM bermula 1 Okt lepas.
Pada 5 Dis lalu, dilaporkan lebih 130 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut ibu bapa mereka berikutan takut tampil bertemu pegawai JKM, selain berdepan masalah kewangan.
Media sebelum ini melaporkan seramai 420 daripada 560 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global sudah diserahkan kepada keluarga mereka, termasuk empat yang diserahkan kepada Orang Yang Layak Dan Sesuai (OYLS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GISB
#Fadhlina Sidek
#KPM
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan